Post Last Edit by bluezink at 31-8-2011 19:47
pic fasa bulan
What you see when you look at the moon depends on its location in relationship to the sun and Earth. We see a different fraction of sunlight being reflected from the moon to Earth
pic 'Hilal'/Anak Bulan
[size=85%]kedudukan hilal dan matahari
[size=100%]Jomm teropong..
Pendahuluan
Umum melihat ilmu falak (terutama istilah falak syarie) yang menjurus kepada ilmu hisab, ilmu hitungan objek angkasa untuk penentuan arah kiblat, waktu solat, takwim dan waktu sahaja, dan melihat hukum (nas al quran dan al hadith) mengenai arah kiblat, solat dan takwim sebagai elemen yang lain, atau lebih mudah - hukum asal atau hukum utama (hadaf) seperti dalam al-quran/al-hadith, manakala ilmu falak adalah wasilah kepada hadaf tersebut.
Kajian ilmu falak mendapati penceritaan dalam al-quran adalah benar, membuktikan al-quran itu benar. Maka penceritaan dalam al-quran adalah 'hint' kepada perkembangan ilmu falak, yang dihayati sepenuhnya dalam sejarah astronomi Islam,WalLahu a'laam.
Pembahagian Ilmu Falak
Ilmu Falak terbahagi kepada 2 bahagian,
(1) Bahagian pencerapan (observasi atau 'rukyah'), dan
(2) Bahagian matematik (hitungan atau 'hisab')
Bagaimana Penetapan Awal Bulan Islam Ditentukan? Di M'sia, penentuan awal bulan Islam (Qamariah) bagi tahun Hijriah berdasarkan kepada kaedah Rukyah dan Hisab. Kaedah ini digunakan terutamanya bagi menentukan 3 bulan utama Islam iaitu awal Ramadhan, awal Syawal dan awal Zulhijjah. Bagi setiap bulan yang lain dari 3 bulan utama diatas, kaedah yang sama juga digunakan terutamanya bagi tujuan pembinaan Kalendar Islam. Rukyah secara rasminya dimulakan kira-kira 10 minit sebelum matahari terbenam sebagai persediaan dan berterusan hingga waktu bulan terbenam. Jika bulan terbenam lebih awal daripada waktu matahari terbenam, anggota rukyah tetap meneruskan rukyah sehingga beberapa ketika selepas matahari terbenam
bagi memastikan tiada apa-apa yang boleh disamakan sebagai anak bulan.Rukyah sebenarnya turut dilakukan pada bulan lain namun ia tidak diisytiharkan kepada umum sebaliknya hanya untuk analisis dan pengesahan peringkat pihak berkuasa saja.
Cara Penetapan Awal Ramadhan, Awal Syawal dan Awal Zulhijjah Rukyah : Rukyah ialah melihat anak bulan (hilal) pada 29hb di tempat-tempat rasmi seluruh Malaysia dengan mata kasar atau dengan bantuan peralatan-peralatan optik yang canggih seperti teleskop, teodolit, Total Station dan binocular dan dikendalikan oleh mereka-mereka yang pakar dan terlatih.
Pada petang 29hb Sya’aban, 29hb Ramadhan dan 29hb Zulkaedah pada setiap tahun, Jawatankuasa melihat anak bulan peringkat negeri akan melaksanakan rukyah di 28 buah tempat cerapan rasmi di seluruh Negara. Jawatankuasa ini terdiri daripada :
1. Mufti Negeri (sebagai pengerusi dan ketua rombongan)
2. Kadi Besar
3. Pengarah Jabatan Ukur Negeri (beragama Islam) atau wakilnya (beragama Islam)
4. Setiausaha Majlis Agama Islam
5. Seorang Ahli Falak
Sekiranya hilal iaitu anak bulan kelihatan, maka keesokan harinya ditentukan sebagai awal Ramadhan, awal Syawal dan awal Zulhijjah, tetapi sekiranya anak bulan tidak kelihatan, hisab kedudukan bulan yang berpandukan kepada kriteria Imkanur-Rukyah iaitu keboleh-nampakan hilal akan diguna-pakai bagi penentuan awal Ramadhan, awal Syawal dan awal Zulhijjah. Mereka yang terlibat dalam pengiraan kaedah ini juga adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran dalam ilmu astronomi.
Tarikh melihat anak bulan dan penetapan tarikh puasa dan hari raya diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja
Malaysia dan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja melalui media masa menjelang tibanya tarikh berkenaan. Hisab : Hisab ialah menentukan kedudukan anak bulan (hilal) pada petang 29hb Qamariah berpandukan stesyen rujukan rasmi di Kg Ateamu,
Sandakan, Sabah iaitu tempat paling timur di Malaysia dan stesyen rujukan rasmi di Tanjung Chincin, Langkawi, Kedah iaitu tempat paling barat di Malaysia. Hilal di Tanjung Chincin, Langkawi, Kedah
Apakah Kriteria Imkanur-Rukyah?
- Ketinggian hilal tidak kurang dari 2 derajat di atas ufuq ketika matahari terbenam.
- Sudut elongasi matahari-bulan tidak kurang dari 3 derajat
- Umur bulan ketika terbenam matahari tidak kurang 8 jam, dihitung mulai dari terjadinya ijtimak (konjungsi).
Seperti terlihat pada gambar di bawah ini: [size=100%] Bermula tahun 1993, Negara-negara anggota MABIMS (Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura) bersepakat menerima-pakai kriteria Imkanur-Rukyah bagi menentukan awal Ramadhan dan awal Syawal, di mana sebelum matahari terbenam ijtimak (apabila bulan, bumi dan matahari berada di garisan atau longitud yang sama) telah berlaku pada 29hb Qamariah dan melalui perkiraan anak bulan dianggap boleh kelihatan sekiranya tidak terlindung oleh keadaan cuaca apabila kiraan memenuhi salah satu syarat-syarat berikut:
1. Ketika matahari terbenam, ketinggian hilal di atas ufuk tidak kurang daripada 2o dan
jarak lengkung bulan-matahari tidak kurang daripada 3o atau
2. Ketika hilal terbenam, umur hilal tidak kurang daripada 8 jam (selepas ijtimak berlaku)
|