CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 230|Reply: 1

Zakry, Fairuzizuan belum pasti ke KLRC

[Copy link]
Post time 29-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Walaupun  sudah keluar BAM, mereka berlatih tiga kali seminggu dengan skuad kebangsaan\rMOHD Zakry Abdul Latif dan Mohd Fairuzizuan Tazari enggan terburu-buru dalam merencana masa depan mereka walaupun pemilik kelab Kuala Lumpur Rackets Club (KLRC), Datuk Seri Andrew Kam sedia menerima pasangan itu menyertai kelab profesional berkenaan. \r\n\n\n\n\r  “Ya, kami sudah mengadakan perbincangan dengan wakil KLRC, tetapi kami masih belum membuat keputusan. Mungkin seminggu selepas Aidilfitri nanti, kami akan buat keputusan (sama ada menyertai KLRC atau tidak). Buat masa ini, kami mahu meraikan Aidilfitri terlebih dulu,” kata Zakry, semalam.\r\r\n\n\n\n\n  Zakry berkata, dia dan Fairuzizuan perlu mempertimbangkan banyak perkara supaya keputusan nanti tepat, sekali gus menjamin kerjaya mereka sebagai pemain profesional selepas bertindak keluar daripada naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), baru-baru ini.\r“Walaupun kami sudah keluar BAM, tidak bermakna hubungan kami dengan badan induk itu berakhir. Sebaliknya, kami akan menjalani latihan bersama skuad kebangsaan tiga kali seminggu dan yakin ia akan membantu meningkatkan permainan kami,” katanya.\rDitanya sasaran selepas keluar BAM, Zakry yang akan membentuk semula gandingan dengan Fairuzizuan selepas hampir setahun dipisahkan, berharap dapat layak ke Sukan Olimpik 2012 dan Piala Thomas, tahun depan.\r“Walaupun sudah lama tidak bergandingan, kami yakin ia bukan masalah besar. Kami sudah menyenaraikan lapan kejohanan tahun ini, bermula Kejohanan Grand Prix (GP) Emas Terbuka Indonesia, Oktober nanti dengan sasaran berada dalam kelompok 20 terbaik dunia menjelang akhir tahun,” kata Zakry.\r\n\n\n\n\rKelmarin, Andrew menegaskan KLRC sedia menerima Mohd Zakry dan Mohd Fairuzizuan kerana menyifatkan pasangan itu masih berbakat dan berpotensi besar menggegar dunia.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2011 10:09 AM | Show all posts
Apa yg pasti pengurusan BAM memang teruk,banyak politik,xboleh terima kelemahan diri sendiri.. BAM ni akan jadikan kelab2 badminton lain di Malaysia sebagai musuh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:55 PM GMT+8 , Processed in 1.481103 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list