|
LONDON: Bos Manchester United, Sir Alex Ferguson gembira dengan undian membabitkan skuadnya pada saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara kelmarin, dan tidak sabar untuk bertembung sekali lagi dengan kelab Portugal, Benfica.\rUnited yang cuba menebus kekalahan kepada Barcelona pada final musim lalu, dijangka mendapat laluan mudah apabila juara Liga Perdana itu diundi bersama Benfica, kelab Switzerland Basel dan pendatang baru Romania, Otelul Galati.\r\n\n\n\n\r Dua perlawanan United menentang Benfica pasti menghidupkan semula memori kemenangan 1968 ke atas kelab dari Lisbon itu pada final Piala Eropah di Wembley.\r\r\n\n\n\n\n Inspirasi daripada sentuhan Bobby Charlton dan George Best, pasukan bimbingan Sir Matt Busby ketika itu menundukkan barisan diperkuat Eusebio, Benfica 4-1 pada masa tambahan untuk memenangi Piala Eropah pertama mereka.\r“Ia adalah undian menarik dan kami tidak perlu menempuh perjalanan sukar. Kami bersedia menghadapi setiap perlawanan. Kami pernah menentang Benfica sebelum ini – ia adalah perlawanan hebat. Ia menjadi sejarah paling hebat di antara kedua-dua kelab,” kata Ferguson.\r“Basel sebuah pasukan yang baik. Kelab Switzerland ini cenderung membariskan pemain muda yang ramai dalam sistem mereka. Kami pernah menentang mereka pada 2002/03 namun tidak tahu banyak mengenai Otelul Galati, tetapi inilah keindahan Liga Juara-Juara, anda boleh menentang pasukan baru.”\rPengarah Benfica, Rui Costa, menjangkakan berlaku pertembungan emosi menentang United.\r\n\n\n\n\r“United adalah antara pasukan terbaik dunia, sama seperti Benfica kerana kami meraikan sambutan 50 tahun sejak kemenangan Piala Eropah pertama,” kata Costa. \r“Basel dan Otelul juga pasukan kuat. Otelul adalah juara Romania, ini pertama kali mereka beraksi, jadi mereka adalah misteri besar kepada kami.” – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|