|
Chelsea, Arsenal, Man City turut terasa bahang undian kumpulan\rMONACO: Juara bertahan, Barcelona diundi dalam kumpulan sama menentang juara tujuh kali, AC Milan dalam majlis undian peringkat kumpulan, Liga Juara-Juara Eropah musim 2011-2012, malam tadi.\r\n\n\n\n\r Selain gergasi Itali itu yang disingkirkan dalam kelompok 16 terakhir, musim lalu, barisan didik Pep Guardiola dari Sepanyol itu juga berdepan FC Bate Borisov dari Belarus dan Viktoria Plzen dalam saingan Kumpulan H.\r\r\n\n\n\n\n Manchester United yang membuat kemunculan ke-17 dalam kejohanan kelab terbesar dunia itu adalah pasukan pertama daripada jumlah 32 yang dicabut daripada balang oleh legenda Portugal, Luis Figo.\rJuara tiga kali dari England itu akan menentang Benfica - kelab dari Portugal yang menjuarai gelaran dua kali pada awal 60-an dan juga FC Basel serta wakil Romania, FC Otelul Galati dalam Kumpulan C.\rTiga lagi kelab Inggeris - Chelsea, Arsenal dan Manchester City masing-masing diundi dalam Kumpulan A, E dan F apabila saingan bermula pada 13 September ini.\rDalam majlis berkenaan bintang Barcelona dari Argentina, Lionel Messi diumumkan Pemain Terbaik UEFA 2010.\r\n\n\n\n\rINFO: UNDIAN LIGA JUARA-JUARA\rKUMPULAN A\rBayern Munich, Villarreal, Manchester City, Napoli\rKUMPULAN B\rInter Milan, CSKA Moscow, Lille, Trabzonspor\rKUMPULAN C\rManchester United, Benfica, Basel, Otelul Galati \rKUMPULAN D\rReal Madrid, Lyon, Ajax, Dinamo Zagreb\rKUMPULAN E\rChelsea, Valencia, B Leverkusen, Racing Genk\rKUMPULAN F\rArsenal, Marseille, Olympiacos, Borrusia Dortmund\rKUMPULAN G\rFC Porto, Shaktar, Zenit St Petersburg, Nicosia Apoel\rKUMPULAN H \rBarcelona, AC Milan, BATE Borisov, Viktoria Plzen
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|