CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 71|Reply: 0

Jangan harap rekod baru: Bolt

[Copy link]
Post time 24-8-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Bintang pecut Jamaica dilanda kecederaan mustahil cipta kejutanPARIS: Usain Bolt menjadi perhatian utama Kejohanan Olahraga Dunia di Daegu tetapi bintang pecut Jamaica itu memberi amaran mungkin tiada lagi rekod baru dunia akan diciptanya.\rBolt mendominasi acara 100 dan 200 meter sejak memenangi pingat emas berganda dengan rekod baru dunia di Sukan Olimpik Beijing 2008.\r\n\n\n\n\r   Atlit 24 tahun itu sekali lagi mempamerkan kepantasannya dalam kejohanan dunia di Berlin pada 2009 dengan memenangi emas berganda, juga dengan rekod baru dunia (9.58s dan 19.19s).\r\r\n\n\n\n\n   Tetapi kecederaan mungkin menghalangnya mencatat masa lebih pantas dalam kejohanan dunia di Korea Selatan, bermula Sabtu hingga 4 September ini dan Bolt pantas mengingatkan peminatnya, dia adalah ‘manusia biasa’ dan jangkaan dia mampu mencatat masa lebih pantas adalah tidak realistik.\r“Saya adalah juara dunia dan Olimpik. Sasaran saya adalah mempertahankan gelaran itu,” kata Bolt.\r“Tetapi saya tidak mensasarkan untuk mengatasi catatan 9.58 saat musim ini. Prestasi saya tidak seperti dua tahun lalu. Saya cuba mendapatkan 9.7 saat atau mungkin 9.6.”\rSememangnya, rakan sepasukannya Asafa Powell yang memiliki masa terpantas 100 meter musim ini akan menjadi pencabar manakala jaguh Amerika Syarikat, Tyson Gay tidak beraksi kerana cedera dan seorang lagi jaguh pecut Jamaica, Steve Mullings hanya mampu menonton dari rumah selepas digantung akibat kesalahan doping kedua.\r\n\n\n\n\rBegitupun, jaguh pecut wanita Amerika Syarikat, Carmelita Jeter yang mempamerkan prestasi terbaik acara 100 meter musim ini, berpeluang cerah memenanginya. Jeter juga akan cuba memenangi emas acara 200 meter dan akan dicabar Shalonda Solomon dan juara bertahan tiga kali, Allyson Felix. – AFP\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.091150 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list