CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 54|Reply: 0

Dua atlit kena ujian dadah

[Copy link]
Post time 23-8-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
IAAF belum puas hati ujian kencing Norjannah dan ImranKEKECOHAN yang timbul gara-gara melarikan diri daripada ujian anti-doping hujung Mei lalu menyaksikan dua atlit pecut negara, Norjannah Hafiszah Jamaludin (kanan) dan Nor Imran Hadi yang bertanding dalam Kejohanan Olahraga Dunia di Daegu, Korea Selatan Sabtu ini mendapat perhatian ‘istimewa’ dari Persekutuan Olahraga Antarabangsa Dunia (IAAF).\rIni kerana kedua-duanya sudah disenaraikan badan induk olahraga dunia itu untuk menjalani ujian darah pra pertandingan bagi mengesan sama ada mereka mengambil bahan terlarang atau tidak walaupun sebelum ini ujian air kencing yang dijalankan ke atas kedua-duanya di Bulgaria negatif.\r\n\n\n\n\r  Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Karim Ibrahim, berkata IAAF sudah memaklumkan kepadanya bahawa kedua-dua atlit itu wajib menjalani ujian darah pra pertandingan pada Khamis ini, iaitu sehari selepas mereka tiba di Daegu.\r\r\n\n\n\n\n  “Saya yakin sekiranya isu anti-doping Norjannah dan Nor Imran yang timbul sebelum ini dapat diselesaikan secara berhemah dan tidak dihebohkan pada satu dunia, kedua-dua atlit ini mungkin tidak diwajibkan menjalani ujian darah berkenaan.\r“Bagaimanapun, saya melihatnya dari sudut positif kerana bagus juga ujian darah itu dijalankan ke atas kedua-dua atlit itu dan berharap memperoleh keputusan negatif sekali gus ia boleh menutup terus mulut pihak tertentu yang menuduh mereka menggunakan bahan terlarang,” katanya dihubungi di Korea Selatan, semalam.\rKarim berkata, ujian yang akan memberi penanda untuk setiap pasport biologi atlit itu membabitkan kerjasama IAAF dengan Agensi Anti Dadah Dunia (WADA) yang mampu mengesan bahan terlarang yang digunakan setiap atlit dalam tempoh enam bulan sebelum ujian dijalankan.\r“Penyenaraian Norjannah dan Nor Imran menjalani ujian berkenaan agak unik kerana lazimnya atlit yang mempunyai nama besar dan pemenang pingat wajib menjalani ujian berkenaan sedangkan mereka belum pun memenangi pingat di Sukan SEA,” katanya.\r\n\n\n\n\rSebelum ini, Norjannah dan Nor Imran bersama Nurul Sarah Abd Kadir mencetuskan kontroversi apabila ‘melarikan diri’ ke Bulgaria selepas diarahkan menjalani ujian antidoping di Institut Sukan Negara (ISN), hujung Mei lalu.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.306366 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list