CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 228|Reply: 0

Khazanah bida hospital di India

[Copy link]
Post time 22-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pembelian Sterling Hospitals mampu percepat penguasaan sektor kesihatanKHAZANAH Nasional Bhd terus agresif meninjau peluang bagi mengembangkan pelaburannya dalam bidang kesihatan pada peringkat antarabangsa apabila ia membuat bidaan untuk mengambilalih Sterling Hospitals yang berpangkalan di Ahmedabad, India.\rSumber industri berkata, sayap pelaburan kerajaan Malaysia itu sudah menghantar bidaan mengambilalih rangkaian kumpulan perubatan terbesar di Gujarat, negeri di bahagian barat India itu daripada peneraju pelaburan ekuiti swasta di pasaran baru muncul, Actis yang kini mempunyai pegangan saham sebanyak 80 peratus dalam Sterling Hospitals.\r\n\n\n\n\rBeliau berkata, bidaan Khazanah itu dibuat menerusi syarikat pelaburan penjagaan kesihatannya, Parkway Holdings Ltd.\r\r\n\n\n\n\n“Secara umumnya dari segi penilaian hospital itu dianggarkan bernilai lebih 6.5 bilion rupee India (RM430 juta). Proses bidaan itu diuruskan oleh bank pelaburan JM Financial,” jelas sumber itu.\rDifahamkan Khazanah terpaksa bersaing dengan beberapa pembida lain termasuk AMRI, Bain Capital dan DM Healthcare untuk mengambilalih  kumpulan perubatan itu yang kini mempunyai 1,096 katil di enam lokasi di Gujarat.\rSumber menjelaskan, Khazanah optimis dengan pertumbuhan sektor penjagaan kesihatan di India dan bidaan itu antara usaha Khazanah meningkatkan pelaburan di pasaran baru muncul itu.\rKatanya, pengambilalihan Sterling Hospitals akan menyediakan peluang keemasan kepada Khazanah mempercepatkan penguasaannya dalam sektor penjagaan kesihatan di negara yang mempunyai lebih 1.2 bilion penduduk itu.\r\n\n\n\n\rKajian yang dilaksanakan Ernst & Young menunjukkan India memerlukan 1.75 juta katil menjelang akhir 2025.\rIndia kini mempunyai satu katil hospital bagi setiap 1,000 penduduknya, berbanding purata global empat katil setiap 1,000 penduduk.\rKhazanah mempunyai pelaburan dalam sektor penjagaan kesihatan di India menerusi pegangan 12.21 peratus penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan terbesar di Asia dan ketiga terbesar di dunia, Apollo Hospitals Enterprise Ltd.\rApollo kini mengendalikan rangkaian hospital di beberapa negara rantau Asia dan Afrika termasuk India, Sri Lanka, Bangladesh, Mauritius, Qatar, Oman, Kuwait, Ghana serta Nigeria.\rJun lalu, Actis dilaporkan berhasrat menjual kepentingannya dalam Sterling Hospitals selepas mencatatkan keuntungan empat kali ganda menerusi penjualan kepentingannya dalam Paras Pharmaceuticals pada harga AS$726 juta tahun lalu.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.252379 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list