Baru sebentar tadi, aku menonton Iklan Hari Raya Aidil Fitri TB3 untuk tahun 2011. Cari cari kat utube, kut kut dah ada orang download, tapi tak jumpa... so tak dapat ler nak tepek kat sini.
Iklan raya ni lebih mirip kepada sebuah short story seperti berikut:
Tentang cabaran yang terpaksa dialami oleh sorg ibu tunggal yang mempunyai 2 orang anak; yang sulung lelaki dan yang bongsu pompuan. Dek kesempitan hidup, terpaksa ler si ibu menyerahkan anak sulung tu kat foster family. Selepas diserahkan kepada foster family tersebut, si ibu terpaksa berlari sebab anak lelakinya mengejar dari belakang sampai si anak tadi tersungkur. Selepas berpisah ngan anak lelaki, mak si ibu tadi pun membesarkan anak pompuannya org diri. Selepas beberapa tahun, maka besar dah ler si anak pompuan yang bongsu tue.
Memang lumrah, pasti ada argument di dalam keluarga dan inilah yang berlaku diantara si ibu ngan anak pompuan tadi... sampai si ibu cakap "kalo ko kuar dari umah ni... ko jangan balik balik lagi..."
Gara gara tersentap dengan kata kata ibunya... maka si anak tadi pun menjawab dengan menyalahkan si ibu tadi menyerahkan along kepada orang lain ... mendengar kata kata si anak, si ibu pun turut tersentap .. lantas jatuh lemah longlai... time si ibu berada di atas katil untuk berehat, si anak pompuan tadi ternampak selonggok surat tulisan si ibu yang meluahkan perasaan rindunya terhadap anak lelakinya yang dah berbelas tahun tak jumpa tapi tak terhantar oleh si ibu.
Selepas membaca surat tersebut, hati anak pompuannya teramat tersentuh lantas nekad untuk mencari abang kandungnya itu............
* lebey kurang gitu ar citer yang hendak disampaikan oleh iklan raya TB3 tue...
My komen:
Nampak gayanya TB3 dah belajo daripada kesilapan besau iklan raya yang mereka created last year. Sebuah iklan raya yang betul betul memaparkan reality kehidupan berdasarkan kepada norma norma dan latar belakang masyarakat melayu ... biler iklan sedemikian ruper ditayangkan, kita yang menonton pun feel ada relation ngan diri kita... nak cakap iklan raya ni yang terbaik, I must saya iklan raya hasil tangan arwah yasmine ahmad was still the best and my fav ialah iklan raya si Janda ngan anak anak lelakinya yang seramai 7 orang tue... this raya ads will always be my fav raya ads in my life...
So.. kalo ada iklan iklan raya 2011 yang lain... tepek tepek ar dan share ler comment dan pendapat korang suma yaa...
Selamat hari raya mod mod dan porumer-porumer Bod O&C suma ... kalo aku ada terkasar bahasa or komen-komen yang aku post ada menyinggung perasaan sesapa sahaja... ngan rasa penuh rendah diri, aku ingin memohon ampun dan maaf... lepas raya nanti, kita kutuk kutuk lagi ... ngeeee ngeee
p/s Kalo iklan raya TB3 tu dah ada kat utube, tolong ler tepek kat sini erk... TQ
Apa yang dapat aku rasakan... mostly iklan iklan raya generasi sekarang menciplak idea-idea yang digunakan oleh arwah yasmine ahmad. Iklan-iklan yang dicipta arwah selalu mempunyai mesej tersirat yang instantly akan dirasai oleh semua orang yang menonton iklan tersebut. Iklan arwah tak semestinya memaparkan mesej yang sedeh atau sorrow, tetapi meluas dan yang bestnya, biler kita menonton iklan iklan tersebut... kita dapat kaitkan ngan diri kita.
Iklan iklan raya yang bertemakan kegembiraan, mostly dah terlampau common ... iklan yang memaparkan kegembiraan mak dan bapak menyambut kepulangan anak anak dan cucu ke kampung untuk beraya... Iklan yang memaparkan kemeriahan dan keseronokan para penduduk kampung berkerja sama membuat persediaan hari raya bersama sama... etc... Mostly iklan raya thn 1980-an dan 90-an bertemakan iklan sedemikian ruper. Disebabkan effect ke atas audiences kureng, that why mostly iklan iklan generasi baru selalu memaparkan tentang kesedihan... kesyahduan... kesayuan.. agar para audiences akan suker dan still nak follow up iklan iklan yang mereka hasilkan.
p/s Iklan TB3 ni.. ending dia kegembiraan jugak... so, it's the mixture of kesedihan dan kegembiraan... happy ending
Tema: Committed to be better
Iklan terbaru PROTON untuk raya 2011 yang memaparkan atlit paralimpik yang gigih.
Okie ar... bersesuaian ngan SAMBUTAN MERDEKA RAYA yang disambut secara serentak pada tahun nie ... tapi biler PROTON menggunakan atlit paralimpik untuk acting dalam iklan ni... awat tetiba aku teringat balik artikel yang berkaitan ngan proton yang aku baca siang tadi berkenaan ngan issue power window proton yang bermasalah ...