CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 112|Reply: 0

Pengarah Genting dibayar tinggi

[Copy link]
Post time 17-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Dapat imbuhan RM111.48 juta bagi  2010\rGENTING Bhd sekali lagi mendahului senarai kaji selidik ‘Pengarah Yang Menerima Bayaran Tertinggi’ dijalankan oleh Malaysian Business bagi 2010, dengan pembayaran sebanyak RM111.48 juta berbanding RM92.11 juta pada tahun sebelumnya.\r\n\n\n\n\r  Majalah perniagaan itu dalam kenyataannya berkata, Genting juga membayar julat bayaran paling tinggi antara RM106.65 juta sehingga RM106.7 juta untuk seorang pengarahnya. \r\r\n\n\n\n\n  Syarikat berkenaan bagaimanapun tidak menamakan pengarah berkenaan. Eksekutif kanan Genting yang disenaraikan ialah Pengerusi Eksekutif dan Ketua Eksekutifnya, Tan Sri Lim Kok Thay.    \rMajalah itu berkata, syarikat lain dengan julat bayaran tertinggi adalah IOI Corporation Bhd, yang membayar RM53.5 juta dan lebih kepada pengarah atasan syarikatnya. \r“Kami mengandaikan penerima bayaran itu ialah Pengarah dan Pengasas IOI Corp, Tan Sri Lee Shin Cheng,” kata majalah itu. \rSecara keseluruhan, pembayaran yang dikeluarkan IOI Corp sepanjang tahun lalu ialah RM56.29 juta meningkat 71 peratus berbanding sebelumnya.   \r\n\n\n\n\rIa berkata, di tempat ketiga adalah anak syarikat Genting iaitu Genting Malaysia Bhd yang membayar lebih RM42 juta pengarah kanannya. Bagaimanapun, katanya bayaran itu mungkin telah dibayar kepada individu sama dengan mengambil kira kemungkinan perkiraan berganda.\rKaji selidik itu turut mendapati ada juga syarikat senaraian awam yang mengurangkan kadar bayaran kepada pengarahnya, ini termasuk CIMB Group Holdings Bhd yang membayar RM18.51 juta atau berkurangan 13 peratus kepada lembaga pengarahnya.\r“Bayaran kepada Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak juga berkurangan iaitu hanya RM12 juta berbanding RM14.5 juta yang diterimanya pada 2009,” katanya.   \rDua pengarah Bumiputera, Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings, Tan Sri Rozali Ismail dan Pengerusi Eksekutif Mk Land Holding, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar turut menduduki antara 20 pengarah yang meraih ganjaran tertinggi tahun lalu.  \rRozali yang menduduki tempat ke-15 memperoleh bayaran antara RM6.8 juta hingga RM6.9 juta, manakala Mustapha Kamal di tempat ke-19 dengan meraih RM5.78 juta.\rBerdasarkan laporan kaji selidik itu, mendapati jumlah ganjaran yang dibayar kepada lembaga pengarah tahun lalu turut meningkat berbanding sebelumnya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.050300 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list