View: 129|Reply: 0
|
Kerjasama MAS, AirAsia mampu capai matlamat
[Copy link]
|
|
Pakatan bagi hadapi persaingan syarikat penerbangan luarPAKATAN antara Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia Bhd, dijangka mampu mencapai matlamat asas iaitu mengeksploitasi kekuatan masing-masing bagi industri dan sistem pengangkutan udara negara secara menyeluruh, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri.\n\n\n\nKatanya, langkah itu adalah kerjasama strategik yang biasa diguna pakai kebanyakan syarikat bagi menggembleng pelbagai sumber bagi menghadapi persaingan antarabangsa terutama syarikat pengangkutan udara global lain yang semakin agresif khususnya syarikat penerbangan Asia Barat.\n\n\n\n\n\nPerkara itu, katanya, adalah berikutan fenomena liberalisasi semasa yang menuntut setiap syarikat memiliki daya saing yang tinggi.“Kerjasama ini menyerupai penggabungan yang berlaku dalam sektor perbankan dan kewangan bagi mendepani gelombang globalisasi dan liberalisasi perdagangan dunia yang sudah terlalu sukar untuk dibendung.“Apa yang penting kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia terutama yang menggunakan perkhidmatan tempatan dan domestik tidak terjejas sehingga menjejaskan integrasi nasional,” katanya di Kota Kinabalu, semalam.Abdul Rahim berkata, persaingan yang sihat, tawaran harga berpatutan dan kualiti perkhidmatan sewajarnya tidak dikompromi.\n\n\n\nBeliau percaya, sayap pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional Bhd iaitu pemegang saham terbesar MAS, sudah memperincikan isu itu sebelum membuat keputusan berkenaan.Abdul Rahim menyifatkan perkara itu sebagai keputusan perniagaan dan tidak perlu dilihat dari sudut lain. – BERNAMA
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|