CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 116|Reply: 0

PROTON bersikap terbuka

[Copy link]
Post time 13-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Sedia jadikan  MAS, AirAsia rujukan pakatan  dengan PERODUAPEMBENTUKAN pakatan antara Penerbangan Malaysia (MAS) dengan pesaingnya, AirAsia Bhd, boleh dijadikan sebagai rujukan untuk PROTON Holdings Bhd dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) mempertimbangkan semula cadangan pakatan strategik yang mampu memberikan faedah kepada industri serta pertumbuhan ekonomi negara.\n\n\n\n  Bersandarkan kepada matlamat nasional itu, PROTON Holdings berkata, ia sentiasa mengambil sikap terbuka terhadap sebarang bentuk pakatan dengan mana-mana pihak, terutama yang dapat memberikan manfaat kepada ekosistem industri automotif secara keseluruhannya.\n\n\n\n\n\n  Pengarah Urusannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata jika matlamat nasional itu dijadikan keutamaan di kalangan pemegang saham utama dan kumpulan pengurusan, industri automotif negara dilihat mampu berkembang dengan pesat bukan hanya di peringkat tempatan, malah pada  peringkat global.“Apa yang penting, bukan bagi PROTON,  tetapi bagi industri yang kini adalah satu daripada komponen paling strategik dan penting dalam sektor pembuatan negara. “Kami (PROTON dan PERODUA) memang menjalinkan kerjasama pada  peringkat operasi seperti aktiviti pembangunan vendor, namun untuk melaksanakan sesuatu seperti MAS dan AirAsia, terserah kepada pemegang saham utama masing-masing untuk menentukannya bagi faedah industri automotif negara,” katanya pada sidang media selepas pelancaran kempen keselamatan PROTON 1Malaysia yang diadakan khusus bagi memberi manfaat dan kesedaran keselamatan jalan raya kepada pemilik kenderaan PROTON di seluruh negara sempena cuti perayaan, di Shah Alam semalam.Kerajaan menerusi Khazanah Holdings Bhd adalah pemegang saham utama PROTON, manakala Daihatsu Motor dari Jepun pula menguasai majoriti saham dalam PERODUA.\n\n\n\nKedua-dua pengeluar kereta nasional itu ketika ini menguasai sekitar 70 peratus daripada pasaran kereta penumpang negara.Syed Zainal berkata, bagi merealisasikan semula cadangan pakatan itu,  pihaknya telah mengadakan semula perbincangan dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).“PROTON juga sudah bertemu dengan MITI bagi tujuan itu (perbincangan) minggu lalu,” katanya tanpa memberi  butiran terperinci berkaitan perbincangan itu.Sementara itu, Pengarah Urusan PERODUA, Datuk Aminar Rashid Salleh, ketika diminta mengulas kemungkinan penggabungan dengan PROTON baru-baru ini pula berkata, beliau tidak nampak keperluan untuk bergabung kerana kedua-dua syarikat itu memiliki model perniagaan  berbeza.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.054319 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list