|
Skuad Samba belasah Arab Saudi 3-0 pada aksi Piala Dunia B-20\rBARRANQUILLA (Colombia): Brazil menjaringkan tiga gol pada babak kedua untuk membenam Arab Saudi 3-0 dan mara ke suku akhir menentang pencabar kejuaraan Sepanyol pada Piala Dunia Bawah 20 Tahun FIFA.\r\n\n\n\n\r Penyerang, Henrique meletakkan Brazil di depan selepas serangan balas pantas pada minit ke-46, Gabriel Silva menambah gol kedua dengan rembatan dari penjuru kotak penalti pada minit ke-69 dan pemain gantian Dudu melengkapkan kemenangan dari jarak dekat pada minit ke-86. \r\r\n\n\n\n\n Kemenangan itu membolehkan juara empat kali itu mara ke suku akhir untuk menentang satu lagi gergasi, Sepanyol yang layak lebih awal selepas mengatasi Korea Selatan menerusi penentuan sepakan penalti. \rSelepas Brazil bergelut melepasi benteng pertahanan Arab Saudi pada babak pertama, Henrique pantas meletakkan Brazil di depan pada babak kedua. \rPemain tengah Fernando memulakan gerakan dengan hantaran kepada penyerang Willian, yang mengumpan kepada Henrique dan penyerang itu mudah merembat melepasi penjaga gol Abdullah Alsdairy. \rWillian turut terbabit dalam gerakan gol kedua, membawa bola di sebelah kiri, melepasi pertahanan lawan dalam kotak penalti dan mengumpan kepada Gabriel Silva, yang mudah menolak masuk. \r\n\n\n\n\rDudu yang masuk pada minit ke-61 selepas Henrique mengalami kecederaan lengan, melengkapkan jaringan dengan rembatan leret selepas lorongan cantik Danilo. \r“Ia satu perlawanan yang seimbang pada babak pertama kerana Arab Saudi tampil lebih hebat daripada kami,” kata jurulatih Brazil, Ney Franco. “Kami mengubahnya pada babak kedua dan kembali bermain sepenuh hati, kami lebih fokus.” – AP \r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|