|
\'Bukan mudah untuk pertahan gelaran Piala Malaysia\'\rKETUA Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu mengakui The Red Warriors berdepan tugasan berat untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia yang dimenangi buat julung kali musim lalu.\r\n\n\n\n\r Jurulatih berpengalaman dari Perak itu mengakui tugas berat menanti anak buahnya kerana bukan mudah mengekalkan kejuaraan walaupun The Red Warriors diundi bersama Sarawak, Johor FC dan FELDA United dalam Kumpulan C kempen Piala Malaysia.\r\r\n\n\n\n\n “Kita ada masa menilai prestasi pemain ketika sesi latihan dan perlawanan persahabatan sebelum saingan Piala Malaysia bermula 6 September ini.\r“Saya mahu setiap pemain mempamerkan aksi terbaik dan mereka akan diberi peluang beraksi dalam empat perlawanan persahabatan yang diatur, antaranya bertemu Kuala Lumpur, Selangor, Polis dan T-Team,” katanya pada sesi latihan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, kelmarin.\rKarathu berkata, satu perlawanan persahabatan dengan sebuah kelab dari Songkla, Thailand juga diatur untuk memberi pendedahan sebelum memulakan aksi Piala Malaysia.\rKatanya, gelaran juara yang dijulang musim lalu tidak meletakkan pemain tertekan, sebaliknya menyuntik tahap keyakinan lebih tinggi untuk mereka cuba mempertahankan Piala Malaysia musim ini.\r\n\n\n\n\r“Saya berpuas hati dengan kesungguhan pemain dalam sesi latihan sejak dua hari lalu dan saya yakin mereka mampu mempamerkan aksi terbaik. Dengan Ramadan ini, saya lebih tumpukan kepada tahap kecergasan pemain selain pendedahan termasuk tiga perlawanan di luar Kelantan,” katanya.\rKelantan meminjam dua pemain Pahang, Azammuddin Mohd Akil dan R Surendran untuk memantapkan jentera serangan Red Warriors dan Karathu berharap mereka mampu membuktikan kemampuan untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|