|
Tak dicabar Sung-hwan ke suku akhir \r\"SAYA tak sangka mudah,\" kata Lee Chong Wei (kiri) selepas mudah menewaskan Park Sung-hwan dan layak ke suku akhir Kejohanan Badminton Dunia di Arena Wembley, semalam.\r\n\n\n\n\r Pemain nombor satu dunia itu hanya mengambil masa tidak sampai setengah jam untuk melakar kemenangan 21-10, 21-5 untuk bertemu sama Kevin Cordon dari Guatemala atau Pablo Abian dari Sepanyol, hari ini untuk memburu tiket ke separuh akhir.\r\r\n\n\n\n\n “Berbanding dua perlawanan sebelum ini, kemenangan malam ini adalah paling mudah buat saya. Memang saya tak sangka akan menang cara sebegini. Saya tidak tahu mengapa, tapi saya lihat Park tidak bermain seperti biasa,” kata Chong Wei selepas tamat pusingan ketiga.\rSementara itu, Lin Dan yang juga menjadi pemain yang dijangka ditemui Chong Wei di final turut mara ke suku akhir selepas menang 21-16, 21-13 ke atas seorang lagi pemain Korea, Lee Hyun-il.\rJurulatih perseorangan, Tay Seu Bock pula beranggapan Sung-hwan tidak dapat bermain baik kerana Chong Wei bertindak cemerlang bagi mematikan setiap pergerakannya.\r“Sung-hwan pemain stroke, jadi dia berdepan masalah dengan permainan pantas Chong Wei. Apabila dia cuba bermain pantas, Chong Wei pula lebih laju daripadanya,” katanya.\r\n\n\n\n\rMengenai lawan bakal ditemui di suku akhir, Chong Wei berkata: “Saya tak kisah siapa lawan nanti. Apa lebih penting adalah jangan pandang rendah keupayaan lawan. Masakan mereka dapat mara jauh ke peringkat ini.”
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|