|
Skuad bola sepak negara dahului sebelum Ukraine bangkit dengan dua gol\rSKUAD bola sepak Malaysia membuka kempen temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Shenzhen, China dengan nota pilu selepas tewas kepada juara bertahan, Ukraine 2-1 dalam saingan Kumpulan B, semalam.\r\n\n\n\n\r Apa pun pada pengamatan jurulatih, Aminuddin Hussin anak buahnya sudah menampilkan aksi terpuji mengunci setiap gerakan lawan tersohor itu daripada mendominasi perlawanan yang dijangka berat sebelah sebelum ini.\r\r\n\n\n\n\n “Semua pemain sudah berusaha sebaik mungkin, memberi yang terbaik untuk memberi tekanan kepada Ukraine dan saya berpuas hati dengan apa yang mereka lakukan. \r“Apa yang terjadi adalah kesilapan individu namun kita perlu sedar persiapan kita terhad dan mereka sudah mencuba termampu. Kita berjaya mematahkan dan mengunci gerakan mereka,” katanya selepas perlawanan semalam.\rSkuad negara akan bertemu Brazil dalam pertembungan kedua 14 Ogos ini sebelum menentang Russia dua hari kemudian. \rMalaysia membuat kejutan apabila mendahului sejurus selepas babak kedua bermula menerusi ketua pasukan, T Reuben namun mereka gagal mengekalkan penguasaan membenarkan lawan menyamakan kedudukan menerusi Dmytro Gunchenko pada minit ke-52. \r\n\n\n\n\rKelalaian benteng pertahanan negara terus dihukum Ukraine yang meledak gol kemenangan menerusi pemain gantian, Mykhaylo Kozak, dua minit sebelum perlawanan berakhir.\rSekalipun memiliki enam pemain yang beraksi dalam Liga Super, Aminuddin tidak menurunkan semua pemain itu dalam kesebelasan utama, termasuk pemain Selangor, Bunyamin Umar.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|