View: 124|Reply: 0
|
FBAOL dapat kontrak proses, simpan minyak
[Copy link]
|
|
Syarikat sedia keperluan FPSO di luar pesisir pantai barat MumbaiFORBES Bumi Armada Offshore Ltd (FBAOL), sebuah syarikat usaha sama Bumi Armada Bhd memperoleh kontrak sewaan tetap (TC) selama tujuh tahun bagi menyediakan keperluan pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan terapung (FPSO) di kawasan D1, kira-kirra 200 Kilometer luar pesisir pantai barat Mumbai, India.\n\n\n\n Kontrak yang diperoleh daripada Oil and Natural Gas Corporation Ltd (ONGC) itu boleh dilanjutkan selama enam tahun selepas tempoh berkenaan tamat berdasarkan pertimbangan ONGC.\n\n\n\n\n\n Pengarah Eksekutif dan Ketua Eksekutif Bumi Armada, Hassan Assad Basma, berkata kontrak itu adalah susulan daripada pemberitahuan penganugerahan kontrak bertarikh 25 Jun lalu yang membolehkan FBAOL meneruskan kerja-kerja menyiapkan kapal sokongan bagi projek terbabit.“FPSO itu akan mempunyai kapasiti memproses 50,000 tong minyak dan menyimpan 580,000 tong minyak selain dilengkapi dengan menara khusus yang direka untuk persekitaran cuaca monsun di lapangan berkenaan. “Jangka hayat FPSO adalah selama 15 tahun, ” katanya dalam kenyataan berhubung kontrak itu di Mumbai, semalam.FBAOL adalah syarikat usaha sama antara Bumi Armada dengan Forbes & Company Ltd, sebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham Bombay. \n\n\n\nForbes adalah pemegang saham terbesar dalam FBAOL.Sebagai peserta FPSO kelapan terbesar di dunia, Basma berkata Bumi Armada akan menggunakan pengalaman dan kepakarannya mengendalikan projek berkenaan sekali gus menyalurkan kepakaran kepada rakan strategiknya, Forbes.“Walau di mana kami beroperasi, komitmen kami adalah untuk membangunkan kandungan tempatan menerusi pelbagai saluran antaranya peluang pekerjaan, latihan dan sumber bekalan serta perkhidmatan berkaitan untuk menyokong operasi kami, ” katanya.Beliau menambah, Forbes adalah sebuah syarikat besar disenaraikan di India yang menyediakan akses kritikal dan kepakaran dalam bidang pembuatan, perkhidmatan dan institusi kewangan di negara berkenaan bagi menyokong rancangan jangka panjang Bumi Armada dan Forbes untuk pasaran India.“FPSO itu dijangka disiapkan pada suku keempat 2012 dengan bekalan minyak pertama dijadualkan bermula Disember 2012,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|