View: 110|Reply: 0
|
Samsung jangka jualan terus kukuh
[Copy link]
|
|
Syarikat yakin capai pertumbuhan dua angka \rSAMSUNG Malaysia Electronics Sdn Bhd yakin jualannya di negara ini akan terus mencatatkan pertumbuhan kukuh tahun ini di sebalik persekitaran ekonomi yang kurang memberangsangkan akibat kebimbangan penularan hutang dari Zon Euro dan kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat (AS).\r\n\n\n\n\r Pengarah Urusannya, Kwon Jaehoon, berkata walaupun percaya Malaysia tidak dapat lari daripada turut menerima kesannya, pihaknya yakin masih mampu mencapai pertumbuhan jualan dua angka tahun ini.\r\r\n\n\n\n\n Beliau berkata, segmen peranti mudah alih pintar dijangkakan akan meneruskan momentum jualannya untuk menjadi penyumbang terbesar kepada jualan keseluruhan syarikat tahun ini selain produk perkakasan rumah pintar dalam segmen premium.\r“Memang dalam suku tahun yang baru berakhir, jualan kami agak menurun berbanding tempoh sama tahun lalu namun ia bukan disebabkan kesan krisis ekonomi terbaru ini. Kami yakin dua perayaan yang akan disambut tidak lama lagi akan melonjakkan semula jualan syarikat di pasaran tempatan.\r“Malaysia adalah antara pasaran penting Samsung kerana ia mampu menjana pertumbuhan sehingga dua angka setiap tahun, justeru kami bersedia meluaskan penerokaan pasaran dengan memperkenalkan beberapa produk baru di bawah teras SMART menjelang suku ketiga dan keempat tahun ini,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Konvensyen Perkakasan Digital Samsung 2011 di Kuala Lumpur, semalam.\rSementara itu, Jaehoon berkata bagi segmen perkakasan rumah, Samsung Malaysia menyasar meningkatkan penguasaan pasaran kepada lebih 20 peratus menjelang akhir tahun ini daripada 17 peratus ketika ini.\r\n\n\n\n\rKatanya, sasaran itu akan disokong langkah syarikat membawa masuk lima produk perkakasan rumah premium di pasaran tempatan bermula tahun ini meliputi peti sejuk, mesin basuh, pendingin hawa, pembersih hampagas dan oven bagi memenuhi permintaan pengguna di Malaysia.\r“Kumpulan Samsung meletakkan sasaran jualan keseluruhan yang tinggi tahun ini, iaitu AS$500 juta berbanding prestasi jualan global tahun lalu sebanyak AS$250 juta dan Malaysia sebagai satu daripada negara penting di Asia Tenggara diharapkan dapat memberikan sumbangan yang ketara tahun ini,” katanya.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|