|
\'Tanpa Nasri, Fabregas jejas cabaran Arsenal\'\rLONDON: Penyerang Arsenal, Marouane Chamakh mendedahkan kebimbangannya terhadap dua tonggak Gunners, Cesc Fabregas dan Samir Nasri yang mungkin berpindah meninggalkan kelab itu.\r\n\n\n\n\r Baru-baru ini, Nasri dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City, manakala Fabregas bakal menyertai juara Eropah, Barcelona. Chamakh percaya kini hanya menunggu masa sebelum kedua-duanya bintang itu meninggalkan Stadium Emirates.\r\r\n\n\n\n\n “Saya rasa mereka mungkin meninggalkan kelab ini. Ini situasi yang sukar untuk pengurus,” kata Chamakh. “Saya tidak fikir ia berkait dengan soal duit. Wenger sedang mencari pengganti mereka. Saya rasa sebelum melepaskan mereka pergi, dia perlu mencari pemain lain untuk menampung ketiadaan dua pemain berkenaan.\r“Itu pandangan saya mengenai situasi sekarang. Masalahnya ialah musim bermula hujung minggu ini, dan ia menjadi lebih sukar bagi kami. Saya rasa, dalam situasi kini, hanya seorang daripada mereka yang boleh dibenarkan berpindah,” katanya.\r“Fabregas khususnya, dia mahu meninggalkan kelab sejak beberapa musim lalu kerana dia dilahirkan di Barcelona. Tetapi Nasri masih mempunyai baki kontrak setahun, jadi jika dia (Nasri) tidak dilepaskan musim panas ini, dia akan meninggal kelab secara percuma pada akhir musim.\r“Apakah kelab bersedia menolak tawaran lebih 20 juta euro (RM88 juta) untuk nilai seorang pemain yang cemerlang dalam semusim? Pelik kerana kelab seperti Arsenal tidak mampu mendapatkan tandatangan Nasri untuk lanjutan kontrak.”\r\n\n\n\n\rArsenal berdepan Udinese dalam perlawanan play-off Liga Juara-Juara Eropah Selasa depan. Andai mereka turun beraksi, secara automatik mereka tidak layak beraksi bersama kelab lain, sekali gus menipiskan harapan Manchester City dan Barcelona untuk mendapatkan khidmat mereka. – Agensi
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|