|
Kita beri lebih tumpuan persediaan mental dan fizikal: Aminuddin\rTIDAK banyak mampu dilakukan skuad bola sepak negara yang bakal memulakan cabaran awal bertemu juara bertahan, Ukraine, hari ini pada Sukan Universiti Dunia (Universiade) Kumpulan B selain beraksi bermati-matian dan menurunkan skuad terbaik dimiliki.\r\n\n\n\n\r Ketua jurulatih, Aminuddin Hussin tidak berani meletakkan sebarang sasaran khusus selain bersedia menampilkan aksi terbaik nanti.\r\r\n\n\n\n\n “Kita masih belum dapat meneliti kekuatan sebenar Ukraine, namun tidak perlu terlalu memikirkan kekuatan mereka kerana pasukan yang beraksi pada Piala Dunia pastinya mempunyai kelebihan berbanding kita,” katanya.\rPencapaian terbaik skuad negara pada kempen Universiade adalah pada 2007 di Bangkok apabila menghuni tangga ke-12 daripada 16 pasukan dengan mencatat seri menentang Jepun, menang bertemu Kyrgyzstan sebelum kecundang kepada Republik Czech.\r“Kita memberi lebih tumpuan kepada persediaan mental dan fizikal, namun saya berharap cuaca turut membantu kita pada perlawanan itu nanti.”\rSelain Ukraine, skuad negara diundi bersama Brazil dan Russia.\r\n\n\n\n\rHARI INI\rMalaysia mln Ukraine\r(Std Shenzhen, 4.30 ptg waktu tempatan)\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|