CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 30642|Reply: 29

Graduan UPSI semakin tertekan! - gagal jadi guru

[Copy link]
Post time 10-8-2011 10:36 PM | Show all posts |Read mode
Malang nasib graduan UPSIGRADUAN KECEWA

Tajung Malim, Perak

Saya adalah bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim. Perak. Pada 26 hingga 30 Julai 2011, UPSI telah mengadakan Istiadat Konvokesyen ke-13 dan saya adalah salah seorang pelajar yang menerima ijazah pada hari itu.
Malangnya, kegembiraan saya dan kebanyakan rakan lain pada hari itu tidak seberapa kerana UPSI tidak telus dengan kami, ibu bapa kami dan juga masyarakat luar. Sepanjang istiadat berlangsung, kesemua ucapan yang diberikan oleh pihak pengurusan UPSI membayangkan seolah-olah kesemua kami akan keluar dan menjadi guru seperti kebiasaannya.

Hakikatnya, hanya pelajar-pelajar di bawah tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sahaja yang akan ditawarkan jawatan guru. Kami yang selebihnya dikategorikan sebagai graduan UPSI Pasaran Terbuka. Dengan lain perkataan, kami tidak akan ditawarkan secara terus menjadi guru tetapi perlu mencari pekerjaan lain di luar sana selain guru.

Rata-rata kami belajar dengan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasioanl (PTPTN) dan bukannya tajaan KPM. Setelah bertahun-tahun belajar dan ribuan wang dihabiskan untuk belajar di UPSI sebagai bakal guru, kami disuruh mencari pekerjaan lain.
Tambah buruk lagi UPSI sendiri ingin lepas tangan dan menyembunyikan hal ini daripada ibu bapa yang hadir pada istiadat konvokesyen yang lalu. Perbuatan sebegini, sungguh tidak bertanggungjawab. Ternyata UPSI seperti bermain wayang dan membuat kami serta masyarakat percaya bahawa setiap pelajar mereka adalah bakal guru.


Perasmian Muzium Pendidikan Nasional di dalam kampus UPSI baru-baru ini juga adalah helah UPSI untuk membuat masyarakat terus percaya bahawa UPSI masih merupakan tempat latihan bakal guru sedangkan sebenarnya pelajarnya disuruh mencari pekerjaan lain di pasaran terbuka.


Jika dilihat dari sudut utama pameran ketika pelancaran, ia tidak langsung berfokus kepada tokoh-tokoh guru dan pendidik nasional. Perasmian Muzium Pendidikan Nasional UPSI sekadar gimik supaya orang awam menyangka bahawa UPSI masih lagi melatih bakal guru.


Kenyataannya, UPSI gagal membuat sebarang perjanjian muktamad dengan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menjamin tempat kesemua graduannya sebagai bakal guru. Wajarkah kami yang belajar dengan sukatan pelajaran menjadi seorang bakal guru di UPSI disuruh mencari kerja lain sedangkan wang kami telah habis dibelanjakan untuk UPSI? Masanya sudah tiba untuk masyarakat perlu sedar bahawa UPSI tidak lagi seperti dahulu.

Setidak-tidaknya, kami mengharapkan ada sedikit rasa tanggung-jawab di pihak UPSI khususnya Naib Canselor UPSI, menjelaskan hal ini kepada ibu-bapa kami ketika berucap dalam istiadat konvokesyen yang lalu.
Kecewa rasanya bila beliau juga berucap seolah-olah kami sudah dijamin untuk mendapat jawatan guru. Tidakkah ibu-bapa kami perlu tahu akan hal ini setelah mereka juga membelanjakan banyak wang kepada UPSI? Kebanyakan mereka adalah orang kampung yang masih percaya bahawa bila anak mereka masuk UPSI, pasti akan jadi guru.


Kesal rasanya menjadi graduan UPSI. Lebih baik jika kami belajar di universiti lain yang sememangnya khusus untuk pasaran terbuka dengan peluang mendapat pekerjaan bukan guru yang lebih cerah.

Jika masih berminat untuk jadi guru, graduan universiti lain masih boleh memohon Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) tajaan KPM dengan masa depan lebih terjamin. Takkan UPSI mahu kami graduan UPSI mengikuti kursus DPLI juga semata-mata untuk dapat jawatan guru? Apa faedahnya kami belajar di UPSI jika itu yang perlu kami lakukan nanti?
Apapun, kami sudah tamat belajar di UPSI tanpa sebarang jaminan untuk jadi guru. Nasi sudah jadi bubur. Kami sudah tidak dapat menebus kembali wang dan masa pengajian kami yang telah hilang. Untuk mencari kerja lain dengan hanya kemahiran menjadi guru yang kami ada, bukan satu perkara mudah.


Kepada semua pelajar UPSI amnya dah Majlis Perwakilan Pelajar UPSI khususnya, harap bangun daripada mimpi anda.
Kepada bakal lepasan sekolah yang berminat untuk jadi guru, ingatlah bahawa UPSI tidak lagi menjanjikan sebarang jawatan guru untuk graduannya seperti dulu. Anda adalah bakal graduan untuk pasaran terbuka. Jangan keliru UPSI dengan Institut Pendidikan Guru (IPG).

Untuk UPSI pula, gugurkan saja perkataan "Pendidikan" pada namanya supaya masyarakat sedia maklum bahawa graduan UPSI adalah graduan pasaran terbuka seperti lain-lain universiti. Itu lebih bagus daripada terus mengelirukan masyarakat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2011 10:46 PM | Show all posts
ingtkan semau lulusan UPSI jadi cekgu ...

kata cekgu x cukup?....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 11:01 PM | Show all posts
Reply 2# cmf_lie

sama la aku pk graduan  upsi kompem kua trus jd cegu
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 11:07 PM | Show all posts
tiap3 tahun timbul isu yg sama, last3 dpt posting gak...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2011 11:13 PM | Show all posts
sepupu aku keje salesman jual GPS lepas grad, ade la dlm 4 bln je, pastu trs dpt,
ko keje je dulu ape2, ade rezeki jd cikgu ade la, klu takde, at least ko ade keje gak
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 07:42 AM | Show all posts
aikss bukan ke lepas abes or tamat terus jadi cekgu??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2011 08:31 AM | Show all posts
eyh, sejak bila graduan upsi tak jadi cikgu? bukan ke antara lewat atau cepat saja prosesnya?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 08:47 AM | Show all posts
baca rintihan seorang bakal guru nie, ngaper aku rasa mamat/minah nie sikit2 akan komplen gaji tak cukup, beban kerja terlalu banyak..keja tak setimpal dan so on...

btw, kalo amik pendidikan, mesti bekerja dgn KPM ajer ker?sekolah swasta tak leh?or keje kat luar negara?or keje kat bank?or bukak bisnes tuisyen centre?or jual nasi lemak?mestikah jadi cikgu sekolah KPM jer?mestikah?mestikah?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2011 08:48 AM | Show all posts
so sick dgn komplen dari seorang guru atau bakal guru yang tak dapat posting atau pun graduan yang kempunan nak jadi guru...seolah2 kerja tu jer yang menjamin masa depan~

dah dpt jadi cikgu makan gaji buta pulak!
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 09:02 AM | Show all posts
Aik, aku pun ingat semua lulusan upsi akan jd guru. Kekdg aku rs x adil bg lulusan yg betul2 komited nk jadi guru mcm kt upsi ni bila pelajar yg jurusan lain pulak dapat jadi cikgu. Alasan org2 yg jurusan lain ni jadi cikgu sbb susah nk cari keje lain. Ini la faktor utama jadi cikgu malas ajar murid, x bersungguh2 sbb passion org utk jd pendidik tu xde. Jadi cikgu utk dapat gaji, x nk menganggur. kesian kt student2 jurusan perguruan yg btl2 nk jd golongan pendidik...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 09:23 AM | Show all posts
Reply 9# leylapple mana kau tau diorang mkn gaji buta pula? kau dah buat konklusi mcm semua cikgu tu tak buat kerja
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 09:25 AM | Show all posts
Reply 10# rafudhefu yg ni aku setuju. contoh mcm budak2 ipg, or upsi, memang 4 5 tahun dilatih untuk jadi cikgu. sedikit sebanyak memang adalah kesedaran dalam diri untuk mendidik kalau dah setiap hari diingatkan untuk jadi cikgu yang betul2 cikgu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 09:26 AM | Show all posts
Reply  leylapple mana kau tau diorang mkn gaji buta pula? kau dah buat konklusi mcm semua cikgu tu t ...
chempaka_57 Post at 11-8-2011 09:23



    ko baca komen aku tu as a whole, jgn baca satu ayat jer
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 09:31 AM | Show all posts
Reply 13# leylapple


   yalah, kau sedang bercerita tentang orang yang komplen tak dpt posting sedangkan kalau itu hak mereka, memanglah patut mereka komplen tak dapat posting.. sama macam budak upsi lah, kalau ikutkan yg semua org tau, graduan upsi akan jadi cikgu tp tiba2 jadi begini pula.
adakah kau cuba nak ckp orang2 ni komplen lps tu bila dah dpt xbuat kerja dengan betul? kan? itu yg kau maksudkan kn?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 09:35 AM | Show all posts
dah tau lama kes ni..dulu kawan aku ada kata,dia habs belajar sama dgn org amik dpli..tapi dpli akan dilebihkan dahulu...yela,gomen dah bagi allowance msa belajar bulan2 tuh,xkan la gomen xnak bg keje..rugi la gitu..sama gak ngn lulusan maktab2 sume tu..
bersabarlah..tak semestinyer yang masuk upsi ni nak jadi cikgu..dah dpt offer diorang pergi jela kan...daripada tak dapat masuk ipta...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 09:44 AM | Show all posts
Reply  leylapple


   yalah, kau sedang bercerita tentang orang yang komplen tak dpt posting sed ...
chempaka_57 Post at 11-8-2011 09:31



    ngko cikgu ker??dasyat betul pemikiran ko?

well, biar aku elaborated apa yang aku tulis..seperti yang diketahui, semua graduan cikgu akan jadi cikgu, cuma beza dapat posting cepat atau lambat..isu ini bukan baru, malah sejak KPM memperkenalkan KPLI lagi..sehingga KPLI memberi laluan kepada graduate cikgu untuk posting dengan mengurangkan ambilan KPLI dan menangguhkan DPLI..

so, dari sini dah diketahui memang ada masalah posting dari awal2 lagi, kenapa tak berusaha untuk carik keja lain dulu untuk menambah ilmu di dada sebelum mencurahkan tenaga dan pengetahuan terhad dalam bidang perguruan kepada generasi muda?generasi muda pun bukan hanya bakal jadi cikgu, malah mungkin ada yang bakal menjadi Perdana Menteri..atleast, dengan pengetahuan cikgu tersebut dalam bidang lain mampu memberikan almost accurate visual dgn anak murid.


lagipun, sementara tunggu posting, takkan nak duduk dalam rumah pastu mengarang surat komplen berbalam sebab belum dapat keja dan gaji utk bayar PTPTN?ramai lagi graduan lain yang lom dapat keja kat luar tu sampai bertahun2 pun ada. (bila aku ckp mcm nie, ada jugak org kata ngaper tak pilih jadi cikgu?)

kadang2 aku tak suka dgr rintihan bebudak (menengah)..ala, cikgu tu ajar tapi tak faham apa yang dia ajar...bila ditanya kat cikgu tu, dia pun tergaru2 sendiri..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2011 01:10 PM | Show all posts
Reply 14# chempaka_57



                     
btw, kalo amik pendidikan, mesti bekerja dgn KPM ajer ker?sekolah swasta tak leh?or keje kat luar negara?or keje kat bank?or bukak bisnes tuisyen centre?or jual nasi lemak?mestikah jadi cikgu sekolah KPM jer?mestikah?mestikah?



Chempaka.....ai memang setuju dengan apa yang di katakan oleh apple tu.....graduan UPSI tak semestinya kena tunggu panggilan dari KPM aje...diorang boleh cari kerja lain, sekolah swasta pun berlambak, pusat2 tuisyen pun berlambak....tapi apa yang saya nampak, di pusat-pusat tuisyen tu adalah dari kalangan cikgu-cikgu yang buat part time.....bila mengajar di sekolah, buat sambil lewa, pastu bagitau kat pelajar-pelajar sapa-sapa yang perlukan tuisyen, boleh datang tuisyen ke rumah dia....

Zaman saya dulu, memang tak ada tuisyen2 ni....tapi cikgu dengan ikhlas hati buat kelas tambahan untuk kami yang ada exam penting untuk tahun tu....berbeza dengan skrg....bila kerja lebih sikit, dah meroyan....jadi apa gunanya mereka di bayar gaji....tapi bila ke pusat tuisyen, dengan rela hati & tepat masa dah terpacak di situ......

Pendek kata.....(wah ai dah pandai guna ayat ni apple).....diorang ni, lepas grad meroyan bila KPM tak panggil, bila dah jadi cikgu tak kerja sungguh-sungguh, buat part time & join MLM le pulak...... Tengok je MLM Hai-O tu....dari golongan manakah yang paling ramai?....Cikgu mak Bedah...... cikgu.........
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 01:47 PM | Show all posts
perkara cikgu yg memain biler dpt kijer mmg xdpt dinafikan dan cikgu yg komited ngan mengajar pon xboleh dinafikan..... ye la maner ader semua mende yg nak ikut kemahuan kita..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 02:29 PM | Show all posts
Reply  chempaka_57

               
Pendek kata.....(wah ai dah pandai guna ayat ni apple).....diorang ni, lepas grad meroyan bila KPM tak panggil, bila dah jadi cikgu tak kerja sungguh-sungguh, buat part time & join MLM le pulak...... Tengok je MLM Hai-O tu....dari golongan manakah yang paling ramai?....Cikgu mak Bedah...... cikgu.........
jazaa1 Post at 11-8-2011 13:10



    wah!!!dah pandai dah guna ye....takper2..practice makes perfect katakan~

setuju dgn za...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2011 05:56 PM | Show all posts
Kalaulaa TT sebagai ada RM 100 sudah tentu akan diberi kpada sanak saudara terdekat, sama juga mcm penaja KPM sudah tentu memberi keutamaan kepada orang yang ditaja... lojiklah tu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.073898 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list