CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 112|Reply: 0

Lin Dan mula perang psikologi

[Copy link]
Post time 10-8-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Chong Wei diingatkan tak harus termakan  kata-kata manis seteru ketatnyaSAMA ada ia lahir daripada hati yang ikhlas atau mahu memulakan perang psikologi, Lee Chong Wei tidak harus termakan dan terjerat dengan kata-kata manis yang dilemparkan seterunya Lin Dan, semalam. \rSelepas mudah menyingkirkan pemain Lithuania, Kestutis Navickas 21-11, 21-10 dalam tempoh 33 minit pada pusingan pertama, juara dunia tiga kali dari China itu menegaskan dia tidak ambil pusing keputusan yang diperoleh dalam kancah saingan kali ini.\r\n\n\n\n\r  “Saya tidak kisah keputusan di sini dan tidak memikirkan untuk memburu kejuaraan kali keempat kerana apa yang penting, saya mahu menyesuaikan diri dengan suasana dan persekitaran gelanggang di Arena Wembley ini.\r\r\n\n\n\n\n  “Ini lebih penting bagi membolehkan saya membuat persediaan menghadapi Sukan Olimpik tahun depan kerana fokus utama saya kini mahu mempertahankan pingat emas yang dimenangi,” katanya.\rLin Dan yang memenangi emas di Sukan Olimpik Beijing 2008 selepas mudah menundukkan Chong Wei, mengakui selesa dengan persekitaran dan suasana Arena Wembley yang menjadi ‘rumah’ bagi badminton dunia sebelum ini. \r“Saya selesa walaupun ada pemain menghadapi masalah dengan cahaya lampu,” katanya.    \rDitanya mengenai prestasi permainannya ketika menentang Navickas, pemain 28 tahun itu berkata biasanya pada pusingan pertama, dia tidak perlu bekerja keras.\r\n\n\n\n\r“Namun, kali ini saya terpaksa mempamerkan permainan terbaik kerana lawan memberi tentangan sengit,” katanya yang mengakui turut terkejut dengan kekalahan mengejut rakannya, Chen Long di pusingan pertama kelmarin.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.037453 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list