CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 105|Reply: 0

‘Pedulikan Red Warriors’

[Copy link]
Post time 9-8-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
“UNTUK menjadi juara, kita perlu sedia menghadapi semua pasukan, tidak kira siapa jua lawan kita,” tegas penyerang Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak mengenai jangkaan awal pasukannya bakal bertemu juara bertahan, Kelantan di pusingan suku akhir saingan Piala Malaysia, musim ini.\rZaquan Adha yang dibelenggu masalah kecederaan sepanjang musim ini, menjelaskan walaupun pasukannya mungkin bertemu Kelantan di suku akhir, namun dia tidak mahu rakan sepasukannya terlalu memikirkan kekuatan dimiliki skuad The Red Warriors.\r\n\n\n\n\r  “Negeri Sembilan masih pasukan kuat dalam saingan liga tempatan. Saya yakin kita mampu bangkit pada saingan musim ini kerana ramai pemain yang mengalami kecederaan sebelum ini kembali cergas untuk beraksi.\r\r\n\n\n\n\n  “Saya percaya mereka (Kelantan) pasti ada ramuan mereka sendiri, jadi kita juga ada ramuan kita sendiri  menghadapi saingan Piala Malaysia musim ini. Apa yang penting, kita perlu menggunakan masa yang ada memantapkan pasukan,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.\rMembicarakan saingan Negeri Sembilan dalam Kumpulan B, Zaquan tetap berwaspada dengan kehadiran Terengganu dan dua pasukan Liga Perdana, Selangor PKNS serta Kuala Lumpur Sime Darby.\r“Sime Darby mampu membuat kejutan begitu juga PKNS. Mereka tidak harus dipandang remeh,” katanya.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.211774 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list