|
Kecederaan hantui England menjelang aksi persahabatan temu BelandaLONDON: Fabio Capello memulakan musim terakhirnya di England dengan dilanda masalah kecederaan pemain bahagian tengah sebelum perlawanan persahabatan bertemu Belanda di Wembley. \rCapello yang mengesahkan keinginannya untuk bersara daripada bola sepak selepas Euro 2012, berharap dapat mengakhiri kariernya di tahap membanggakan tetapi mendapati dunia bola sepak Inggeris penuh dengan halangan tidak terduga.\r\n\n\n\n \r Mempunyai barisan pemain tengah seperti Steven Gerrard, Jack Wilshere dan Theo Walcott yang kesemuanya tercedera untuk perlawanan Rabu depan, dia juga mempunyai masalah memanggil pemain Newcastle, Joey Barton kerana pemain berkenaan baru saja didenda dan sedang bersedia untuk berpindah.\r\r\n\n\n\n\n “Barton pemain yang baik,” kata Capello seperti menunjukkan pemain tengah itu boleh dipertimbangkan dalam keadaan tertentu walaupun bakal ‘memanaskan’ reputasinya dengan pilihan yang berbahaya. \r“Ini bukan masa untuk memikirkan tentang dia. Apabila seorang pemain bergaduh dengan kelabnya, ia adalah sesuatu yang normal untuk tidak masuk campur. Hubungan antara kelab dan pemain sangat penting,” kata Capello.\rKemungkinan juga ada kebimbangan terhadap Scott Parker yang menjadi pemain tonggak England musim lalu, tetapi dia berdepan prospek beraksi dalam liga Kejuaraan bersama West Ham musim ini. \r“Saya akan pergi ke West Ham untuk melihat perlawanan dan memeriksa segala-galanya,” kata Capello. “Ia penting buatnya bermain dalam Liga Perdana. Dia adalah sebahagian daripada pasukan dan jika cergas, dia akan okay dan bersama kami. Saya amat berharap dengannya.” – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|