|
Acara baru berbasikal trek Sukan SEA 2011MESKIPUN kali pertama dipertandingkan di Sukan SEA, omnium yang baru saja disenaraikan dalam acara berbasikal trek mampu menghadiahkan pingat buat kontinjen negara pada temasya November depan.\rTimbalan Presiden Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (MNCF), Datuk Naim Mohamad berkata, negara tidak menghadapi masalah menyenaraikan pelumba bagi acara yang menguji ketahanan pelumba itu.\r\n\n\n\n\r “Kita pasti akan mengambil bahagian dan merasakan penambahan acara itu bakal memberi peluang cerah buat skuad berbasikal menambah pingat,” katanya mengenai acara yang turut dipertandingkan buat kali pertama di Sukan Olimpik London 2012.\r\r\n\n\n\n\n Omnium yang memerlukan pelumba menghabiskan enam siri perlumbaan berbeza termasuklah perlumbaan mata, scratch dan ujian masa itu bakal dipertaruhkan bagi kategori lelaki dan wanita.\rBulan lalu, tuan rumah akhirnya akur dengan desakan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) dan Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) untuk tidak mengiktiraf acara trek pada temasya itu jika masih kekal dengan hanya mempertandingkan tiga acara lelaki dan tiga acara wanita.\rAcara trek dipertandingkan di Velodrom Rawamangun di Jakarta, membabitkan kesemua 12 acara iaitu 10km scratch, 4km kejar mengejar individu dan berpasukan, 40km perlumbaan mata, pecut individu dan omnium bagi lelaki dan pecut individu dan berpasukan, 5km scratch, 500m ujian masa, 25km perlumbaan mata dan omnium bagi wanita.\r“Biarpun kita akan menurunkan pelumba pelapis, skuad berbasikal trek akan diwakili pelumba terbaik termasuklah Mohd Arfy Qhairant Amran, Mohd Fattah Amri Zaid dan pemenang empat pingat emas di Sukan Malaysia (SUKMA) baru-baru ini, Ju Pha Som Met,” katanya.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|