|
THE HAGUE: Bekas penjaga gol Manchester United dari Belanda, Edwin van der Sar mengucapkan selamat tinggal kepada orang ramai sambil ditemani beberapa bintang antarabangsa di depan 53,000 peminat Ajax, kelmarin.\r“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua di dalam stadium... terima kasih atas sokongan anda selama ini,” kata Van der Sar di Arena Ajax, tempat dia memulakan karier pada 1990.\r\n\n\n\n\r Penjaga gol dengan ketinggian 1.97 meter itu beraksi dalam “Pasukan Impian” yang turut dibarisi Wayne Rooney, Ryan Giggs, Dirk Kuyt, Edgar Davids, Rio Ferdinand dan Dennis Bergkamp, yang beraksi selama sejam menentang gergasi Belanda, Ajax.\r\r\n\n\n\n\n Mendapat penghormatan daripada peminat yang berdiri memberi tepukan, Van der Sar meninggalkan padang beberapa minit sebelum permainan tamat dengan kemenangan menjadi milik “Pasukan Impian” 2-1 hasil jaringan Louis Saha dan Bergkamp.\r“Dia mungkin penjaga gol terbaik yang pernah beraksi bersama Manchester United, tetapi saya kata mungkin kerana kami juga memiliki Peter Schmeichel,” kata legenda United, Sir Bobby Charlton.\rTerdahulu, Van der Sar yang pernah beraksi dengan dua lagi pasukan – Ajax, ketika memenangi Liga Juara-Juara 1995 dan pasukan kebangsaan Belanda ketika mara ke separuh akhir Piala Dunia 1998 – beraksi menentang antara satu sama lain.\rPatrick Kluivert, Marc Overmars, Frank Rijkaard, Frank de Boer dan adiknya Ronald, mewakili Ajax sementara Bergkamp dan Giovanni van Bronckhorst antara pemain pasukan kebangsaan.\r\n\n\n\n\r“Peminat Ajax mengucapkan terima kasih kepada Edwin van der Sar,” tertera antara kain rentang yang dipasang peminat. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|