CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 245|Reply: 0

Fitri, Jibril perkuat T-Team

[Copy link]
Post time 5-8-2011 03:05 PM | Show all posts |Read mode
SKUAD T-Team lega apabila mendapat khidmat penyerang berbisa Majlis Perbandaran Muar (MPM), Fitri Omar bagi persiapan menghadapi kempen Piala Malaysia yang lebih mencabar musim ini.\rFitri yang mengumpul 16 gol bersama MPM diberi pelepasan minggu lalu dan terus datang ke Kuala Terengganu untuk menjalani latihan bersama rakan baru dalam skuad T-Team bimbingan Yunus Alif.\r\n\n\n\n\r   Yunus berkata, dengan adanya Fitri, pasti barisan depan kelab Terengganu itu akan lebih menyengat, lebih-lebih lagi dengan sentuhan dua penyerang berpengalaman, Nor Farhan Mohamad dan Indra Putra Mahayudin.\r\r\n\n\n\n\n   “Saya gembira permohonan mendapat khidmat Fitri daripada MPM diluluskan dan pemain itu sudah mula menjalani latihan di padang kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu sejak seminggu lalu,” katanya semalam.\rDalam pada itu, Yunus berkata, penjaga gol kedua, Syamsuri Mustafa yang mengalami kecederaan lutut selamat menjalani pembedahan Pusat Pakar KTS, Kuala Terengganu baru-baru ini dan terpaksa berehat sekurang-kurangnya tiga bulan.\rBagi mengisi kekosongan itu, Yunus berkata, pihaknya mendapat khidmat penjaga gol Pos Malaysia, Jibril Kamarulbahrin.\rKatanya, semua pemain terus menjalani latihan pada bulan Ramadan untuk memastikan mereka benar-benar cergas bagi menghadapi kempen Piala Malaysia lepas Aidilfitri nanti.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.042771 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list