CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 252|Reply: 0

Misi besar Wembley

[Copy link]
Post time 5-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pasangan Koo-Tan mahu tebus kegagalan Paris, raih semula keyakinan jurulatih, peminat\rKEKECEWAAN setahun masih dirasai peminat tetapi pasangan beregu Koo Kien Kiet-Tan Boon Heong bertekad menebusnya apabila tirai saingan Kejohanan Badminton Dunia disingkap di Wembley, Isnin ini.\r\n\n\n\n\r   Prestasi ‘yo-yo’ dengan hanya gelaran kelas dua apabila memenangi Grand Prix (GP) Emas Terbuka Malaysia menerusi kemenangan percuma selepas pasangan Indonesia Alven Yulianto-Hendra Gunawan menarik diri di final, menjadi satu-satunya kemegahan mereka.\r\r\n\n\n\n\n   Seluruh peminat, malah jurulatih Rexy Mainaky sendiri tidak mahu meletak harapan terlalu tinggi terhadap anak didik yang pernah menggegar senario badminton ini.\rTetapi Koo-Tan hadir dengan tekad baru untuk menamatkan kemarau 34 tahun negara selepas kesilapan di Paris tahun lalu walaupun suatu ketika berada di ambang kemenangan.\rHilang fokus ketika sedang mendahului di babak kedua menyebabkan mereka akhirnya akur kepada kehebatan pasangan China yang juga juara bertahan, Cai Yun-Fu Haifeng, 21-18, 18-21, 14-21.\r“Kami akui kekecewaan di Paris masih dirasai walaupun setahun sudah berlalu. Namun, kami harap dapat menebusnya di Wembley. \r\n\n\n\n\r“Lagipun, ini adalah medan terbaik meraih semula kepercayaan peminat dan jurulatih yang meragui keupayaan kami,” kata Kien Keat yang berlepas ke Wembley bersama rakan lain semalam, selepas membuat persiapan terakhir di Universiti Bath sejak 27 Julai lalu.\rKien Keat berkata, walaupun persembahan mereka tidak menentu dan gagal memenangi kejohanan utama setakat ini, mereka yakin ia bukan halangan untuk menggegar Wembley.\r“Seperti di Paris tahun lalu, kami juga gagal menyinar dalam beberapa kejohanan sebelumnya tetapi kami membuktikan kemampuan sebenar apabila mara ke final. \r“Kami harap dapat mengulanginya di Wembley dan jika boleh, mengulangi pertembungan dengan pasangan China itu bagi membalas dendam,” katanya.\rPasangan negara mendapat bye di pusingan pertama dan dijangka berdepan pasangan China, Liu Xiaolong-Qiu Zihan pada pusingan kedua.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.043108 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list