CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 110|Reply: 0

Johor tidak bimbang tanpa kelibat Norizam

[Copy link]
Post time 4-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
JURULATIH Johor, Azmi Mohamad tetap optimis skuadnya mampu mengharungi kempen Piala Malaysia biarpun tanpa kelibat kapten Norizam Salaman yang mengalami kecederaan dan perlu berehat dua bulan.\rKatanya, Norizam terpaksa menjalani pembedahan lutut dan pasti terlepas aksi kempen piala berprestij itu dan ketiadaan penyerang Johor itu perlu diganti dengan mengintai pemain luar.\r\n\n\n\n\r  “Buat masa ini, dua pemain luar iaitu Mohd Redzuan Nawi dari Staf USM dan Ashadi Mohd Yusoff dari Tentera akan beraksi untuk Johor selaku pemain pinjaman manakala seorang lagi pemain dari Pulau Pinang masih belum diputuskan.\r\r\n\n\n\n\n  “Memang agak sukar untuk mencari pemain yang bakal mengganti kekosongan Norizam, namun saya yakin masalah itu dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat kerana persiapan rapi sedang dijalankan,” katanya.\rMenurutnya, latihan kecergasan sudah dilaksanakan dan kini tumpuan adalah kepada corak taktikal dan lima aksi perlawanan persahabatan dirancang supaya pemain tidak berdepan masalah bila bersaing dalam kempen Piala Malaysia.\rJohor layak ke saingan Piala Malaysia selepas menduduki tempat keempat Liga Perdana dan dijangka mampu memberi tentangan dengan sasaran ke  suku akhir.\rMenurut bekas penyerang Johor itu, cabaran pasti getir daripada pasukan lebih berpengalaman tetapi pemain sudah bersedia dan berdebar-debar menanti detik undian pasukan yang dijadualkan berlangsung esok.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.056252 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list