|
KEGAGALAN menjuarai Masters Singapura, bulan lalu tidak menjejaskan status Nicol Ann David yang terus mengekalkan posisi selaku pemain nombor satu dunia dalam senarai Persatuan Pemain Skuasy Wanita Antarabangsa (Wispa).\rMenurut Wispa dalam laman web rasminya, Nicol mengungguli ranking teratas selama 61 bulan berturut-turut sejak Ogos 2007.\r\n\n\n\n\r Dalam Jelajah Dunia Wispa tahun ini, Nicol meneruskan kejayaan memenangi tiga daripada lima kejohanan utama - Terbuka Kuala Lumpur CIMB pada 20 Mac, Terbuka Kepulauan Cayman (9 April) dan Terbuka Malaysia CIMB (23 Julai).\r\r\n\n\n\n\n Pemain berusia 28 tahun itu muncul naib juara pada Klasik Wispa Cleveland (2 Februari) dan gagal menjuarai kali kelima berturut-turut Kejohanan Skuasy Wanita Masters Singapura (30 Julai) apabila tewas kepada pemain England, Laura Massaro pada peringkat separuh akhir.\rCabaran berikut adalah Kejohanan Terbuka Australia bermula 9 Ogos ini.\rPemain England, Jenny Duncalf mengekalkan tempat kedua sementara pemain Ireland, Madeline Perry di tempat ketiga. Pemain Malaysia, Low Wee Wern jatuh dua anak tangga untuk berada di kedudukan ke-17.\rPemain negara lain , Delia Arnold di kedudukan ke-23, Siti Munirah Jusoh (47), Pushppa Devi (130), Rachael Arnold (155) dan Zulhijjah Azan (184).\r\n\n\n\nTan Yan Xin dan Vanessa Raj berkongsi kedudukan ke-206 dengan dua lagi pemain, sementara Kuan Choy Lin, Lim Yoke Wah, Nessrine Ariffin, Sue Ann Yong dan berkongsi tangga ke-276.\rINFO\rRanking dunia\r1 Nicol David (MAS) 3,278.750 mata\r2 Jenny Duncalf (ENG) 1,737.059\r3 Madeline Perry (IRL) 1,296.350\r4 Rachael Grinham (AUS) 1,228.087\r5 Laura Massaro (ENG) 1,118.833\r6 Kasey Brown (AUS) 1,058.333\r7 Omneya Abdel Kawy (EGY) 1,014.875\r8 Camille Serme (FRA) 948.026\r9 Alison Waters (ENG) 809.063\r10 Vanessa Atkinson (NED) 757.167\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|