CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 143|Reply: 0

Pasaran, kos hartanah kekal stabil

[Copy link]
Post time 3-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
AMINVESTMENT Bank Group menjangkakan keadaan penurunan mendadak harga hartanah selepas berlaku kenaikan keterlaluan berpunca daripada kegiatan spekulasi, tidak mungkin akan berlaku di Asia Pasifik, termasuk Malaysia memandangkan tiada sebarang petunjuk bagi arah aliran itu dalam tempoh dua tahun akan datang.\rPengarah Dana Runcit Bahagian Pengurusan Dana (FMD) AmInvestment Bank, Ng Chze How, berkata langkah kerajaan mengawal perkembangan mendadak dalam ekonomi, selain faktor kecairan tinggi dan nisbah pinjaman tidak berbayar  rendah memberikan kesan positif kepada pasaran hartanah.\r\n\n\n\n\r  “Saya tidak melihat akan berlakunya ‘letusan gelembung’ pasaran hartanah dalam masa enam bulan akan datang, setahun atau dua tahun lagi, malah saya juga tidak melihat sebarang penurunan dalam pasaran berkenaan,” katanya pada sidang media selepas pelancaran dana amanah pelaburan hartanah (REITs), AmAsia Pacific REITs di Kuala Lumpur, semalam.\r\r\n\n\n\n\n  AmAsia Pacific REITs, iaitu dana hartanah pertama di negara ini dilaburkan dalam portfolio REITs tersenarai di beberapa negara Asia Pasifik iaitu Malaysia, Singapura, Hong Kong dan Australia.\rBersaiz 200 juta unit, ia ditawarkan pada harga 50 sen seunit dalam tempoh tawarannya sehingga 7 Ogos ini.\rMengulas mengenai AmAsia Pacific REITs, Ketua Eksekutif FMD AmInvestment Bank, Datin Maznah Mahbob, berkata dana  diuruskan AmMutual itu sudah dilanggan 20 peratus atau 40 juta unit dengan nilai RM20 juta dalam tempoh dua minggu sejak ia dibuka 18 Julai lalu.\rSehubungan itu, beliau berkata, pihaknya menjangkakan dana itu habis dilanggan dalam tempoh satu atau dua bulan lagi didorong minat belian tinggi daripada pelabur khususnya untuk pelaburan hartanah.\r\n\n\n\n\r“Dana ini menawarkan pelabur satu opsyen mudah untuk mengakses sektor hartanah merangkumi pelaburan dalam portfolio kediaman, komersial dan industri,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.057399 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list