CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 113|Reply: 0

Penghargaan besar: Norhafiz

[Copy link]
Post time 3-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
‘Saya janji beri komitmen sepenuhnya’ \r“SAYA sentiasa mahu mewakili skuad negara,” kata Norhafiz Zamani Misbah selepas mendengar perkhabaran dia diperlukan lagi oleh Datuk K Rajagobal dalam perancangan memantapkan skuad Harimau Malaya.\r\n\n\n\n\r  Tonggak pertahanan, Negeri Sembilan itu yang tidak mewakili negara sejak Sukan Asia menyifatkan ia satu peluang yang harus dimanfaatkan sepenuhnya selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyenaraikan namanya dalam kelompok 25 pelatih, kelmarin.\r\r\n\n\n\n\n  “Ini satu penghargaan besar daripada pihak pengurusan pasukan kebangsaan selepas terpaksa berehat panjang dan sudah pasti, saya tidak akan mensia-siakan harapan yang diberikan.\r“Walaupun dipanggil bersama skuad kebangsaan bukan perkara baru, namun saya berjanji untuk memberikan komitmen sepenuhnya ketika latihan kerana sememangnya impian mewakili negara di peringkat antarabangsa sentiasa tersemat dalam hati ini,” katanya semalam.\rPemain berpengalaman berusia 30 tahun itu terpaksa berehat hampir enam bulan berikutan kecederaan lutut dialami tetapi Norhafiz mengakui dia kini sudah pulih sepenuhnya daripada belenggu itu.\rBuktinya apabila dia diturunkan dalam beberapa perlawanan terakhir yang dihadapi Negeri Sembilan pada saingan Liga Super, Jun lalu serta aksi garang mengekang Chelsea dalam siri persahabatan antarabangsa pada 21 Julai lalu.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.672210 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list