|
SUARA hati Rashid Sidek menegaskan betapa Kejohanan Dunia di Wembley, minggu depan adalah detik terbaik untuk jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei menjulang trofi kejuaraan berprestij itu selepas gagal dalam lima percubaan sebelum ini.“Jika Chong Wei mahu jadi juara inilah masa terbaik,’ katanya yang kini gigih bersama Tey Seu Bock membimbing pemain nombor satu dunia itu membuat persiapan terakhir menghadapi kejohanan itu di Universiti Bath, United Kingdom sejak 27 Julai lalu. \n\n\n\n Tanggapan ketua jurulatih itu berdasarkan prestasi terkini dan keghairahan serta semangat dipamer pemain kelahiran Pulau Pinang itu selepas lima kali kecundang sebelum ini selain mahu melakar sejarah menjadi pemain pertama negara memenangi trofi berprestij itu. \n\n\n\n\n “Berdasarkan undian memang dia berdepan laluan sukar sejak pusingan awal kerana semua pemain ditemui mampu melakukan kejutan. Namun, andai prestasi semasa menjadi ukuran, Chong Wei diyakini mampu menundukkan semua lawan,” katanya.Dalam pusingan pertama, jaguh negara itu akan menentang pemain muda Thailand, Tanongsak Saensomboonsuk yang ditundukkan lima kali sebelum ini dan lawan berikut dijangka menunggunya di pusingan kedua ialah Dionysius Hayom Rumbaka dari Indonesia.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|