CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 149|Reply: 0

AIM sasar salur pembiayaan RM2.13b

[Copy link]
Post time 2-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Usaha   membangunkan lebih ramai usahawan bersaiz kecil,   mikro dalam tempoh RMKe-10\rAMANAH Ikhtiar Malaysia (AIM) menyasar menyalurkan pembiayaan berjumlah RM2.13 bilion tahun depan bagi membangunkan lebih ramai usahawan bersaiz kecil dan mikro.\r\n\n\n\n\r  Pengarah Urusannya, Datuk Zabidah Ismail, berkata AIM yang ditubuhkan sejak 25 tahun lalu dengan matlamat mengurangkan kadar kemiskinan di negara ini menerusi penyaluran pembiayaan modal, setakat ini sudah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM5.48 bilion membabitkan 267,794 peminjam.\r\r\n\n\n\n\n  Katanya, hampir keseluruhan peminjam di AIM adalah wanita yang terdiri daripada ibu tunggal dan suri rumah, dan AIM menyasarkan meningkatkan bilangan peminjamnya kepada 500,000 dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) ini.\r“AIM dijangka mengeluarkan pembiayaan yang lebih tinggi tahun depan, susulan permintaan memberangsangkan bagi lima skim pembiayaan yang kami tawarkan. Malah, setakat ini kadar bayaran balik pembiayaan juga adalah baik iaitu melebihi 99 peratus.\r“Pada masa sama, kami turut menjangkakan peminjam AIM akan meningkat kepada lebih 400,000 orang menjelang akhir tahun depan,” katanya dalam temu bual di Kuala Lumpur, semalam.\rBeliau berkata, bagi tahun ini AIM berada pada landasan kukuh untuk menyalurkan pembiayaan berjumlah RM1.3 bilion.\r\n\n\n\n\rKatanya, setakat ini lebih 50 peratus daripada peruntukan itu disalurkan kepada usahawan yang layak dan yakin baki dana akan disalurkan sepenuhnya sebelum akhir tahun ini susulan banyak permohonan bagi pembiayaan diterima.  \r“Ketika ini, lebih 60 peratus pembiayaan disalurkan bagi sektor peruncitan, manakala 40 peratus lagi membabitkan pengeluaran produk berasaskan pertanian dan perikanan selain perkhidmatan merangkumi perniagaan seperti spa dan salun, perkhidmatan komputer, serta menjahit baju yang dijalankan secara kecil-kecilan,” katanya.   \rAIM menawarkan pembiayaan dari RM3,000 hingga RM50,000 dengan tempoh bayaran balik dari setahun hingga lima tahun, menerusi kaedah bayar balik secara mingguan, katanya.\rZabidah berkata, AIM merancang meningkatkan had pinjaman yang ditawarkan ketika ini, kerana hampir 20 peratus daripada sahabat AIM telah berjaya mencapai tahap keusahawanan kecil dan sederhana.  \rBeliau juga berkata, AIM yang ketika ini beroperasi menerusi 106 cawangan di seluruh negara, merancang memperluaskan capaiannya dengan membuka tujuh cawangan baru tahun depan khususnya di lokasi luar bandar di Sabah, Sarawak, Johor dan Negeri Sembilan.\rKatanya, ini kerana AIM komited untuk mencapai pembukaan 132 cawangan menjelang 2015.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.133799 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list