View: 94|Reply: 0
|
Woods harap tuah The Lakes ubah nasib
[Copy link]
|
|
SYDNEY: Tiger Woods mungkin beraksi buat pertama kali di Sydney dalam tempoh 15 tahun selepas namanya disahkan menjelang Terbuka Australia November ini.\rJuara 14 kali kejohanan utama itu yang kemarau kejuaraan sejak menjuarai Masters Australia 2009 di Melbourne, mengharapkan tuah lapangan The Lakes untuk mengubah nasibnya.\r\n\n\n\n\r “Saya teruja beraksi di Terbuka Australia,” kata Woods. “Saya tidak menyertai kejohanan ini sejak 1999 dan saya tidak sabar mahu kembali. Saya mempunyai pertalian kuat dengan golf Australia dan bersedia mengharungi cabaran The Lakes.”\r\r\n\n\n\n\n Woods, yang tergelincir daripada kelompok 20 teratas selepas mengalami kecederaan di Terbuka Amerika Syarikat, kali terakhir beraksi di Terbuka Australia ialah ketika masih seorang rookie dan menamatkan permainan di tempat kelima.\rKejohanan yang bakal berlangsung 10-13 November itu turut menampilkan rakan senegara dari Amerika Syarikat, Dustin Johnson dan Bubba Watson, juara bertahan Geoff Ogilvy dan naib juara dua gelaran utama, Jason Day.\rWoods akan beraksi di kejohanan kompetitif pertamanya minggu depan di Jemputan WGC Bridgestone dekat Ohio - lapangan yang setakat ini memberikan tujuh gelaran kepadanya. - AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|