CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 144|Reply: 0

Norhafiz 'pulang' sertai Harimau Malaya

[Copy link]
Post time 2-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Aksi garang ketika  wakili Malaysia XI     tambat hati FAM\rKELIBAT garang Norhafiz Zamani Misbah merantai kemas pergerakan Fernando Torres dan Didier Drogba ketika Malaysia  menentang Chelsea dalam siri persahabatan pada 21 Julai lalu berjaya menambat hati Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).\r\n\n\n\n\r  Semalam, kenyataan daripada badan induk itu menyebut pemain pertahanan itu adalah antara 25 pelatih tersenarai dalam skuad kebangsaan untuk menjalani latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya.\r\r\n\n\n\n\n  Aksi goyah benteng negara ketika menentang Singapura dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 harus memberi opsyen lebih kepada ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal dengan kehadiran Norhafiz yang disebut boleh memantapkan kubu negara.\rKali terakhir pemain berusia 30 tahun itu mewakili skuad negara adalah di Sukan Asia 2010. Turut dipanggil menjalani latihan skuad kebangsaan ialah pemain tengah Kedah, Mohd Khyril Muhymeen Zamri yang juga sudah lama tersisih selepas kali terakhir pada kelayakan Piala Asia, hujung tahun lalu.\rPenyerang Pelita Jaya FC, Safee Sali yang diberi penghormatan selaku kapten pada perlawanan kedua pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu, turut tersenarai bersama kapten skuad kebangsaan, Mohd Safiq Rahim yang tidak beraksi di Bukit Jalil minggu lalu, akibat penggantungan selepas dilayangkan kad merah pada perlawanan pertama menentang Singapura di republik berkenaan sebelum itu.\rPemain lain yang turut dipanggil ialah Amar Rohidan, Mohamad Azmi Muslim, Baddrol Bakhtiar, Mohd Amirulhadi Zainal, Mohd Asraruddin Putra Omar, Mohd Farizal Marlias, S Kunanlan, Mohd Ashaari Samsudin, Mohd Sharbinee Allawee.\r\n\n\n\n\rFAM dalam kenyataannya berkata, semua pemain itu diminta melapor diri di Wisma FAM pada jam 4 petang esok. Sesi latihan di bawah kendalian  Rajagobal itu akan berlangsung lima hari sebelum skuad kebangsaan berlepas ke Oman  mengadakan perlawanan persahabatan dari 8 hingga 10 Ogos ini.\rINFO\rSenarai 25 pelatih Harimau Malaya\rAmar Rohidan        (Kedah)\rMohamad Azmi Muslim         (Kedah)\rBaddrol Bakhtiar        (Kedah)\rMohd Khyril Muhymeen Zamri        (Kedah)\rMohd Amirulhadi Zainal (Selangor)\rMohd Asraruddin Putra Omar          (Selangor)\rSafiq Rahim              (Selangor)\rNorhafiz Zamani Misbah (N Sembilan)\rMohd Farizal Marlias  (N Sembilan)\rKunalan Subramaniam  (N Sembilan)\rMohamad Ashaari Samsudin  (Terengganu)\rMohd Sharbinee Allawee (Terengganu)\rHelmi Remeli     (Terengganu)\rAbdul Hadi Yahaya   (Terengganu)\rIsmail Faruqi Ashari      (Terengganu)\rJoseph Kalang Tie  (Terengganu)\rMohd Farisham Ismail   (Kelantan)\rChanturu Suppiah (Kelantan)\rMohd Rizal Fahmi Ab Rosid   (Kelantan)\rMohd Shakir Shaari               (Kelantan)\rMohd Shahrom Abdul Kalam (KL)\rNorazlan Razali                      (KL)\rShahrizal Mohd Saad            (Johor FC)\rMohd Faizal Muhamad          (Harimau Muda A)\rMohd Safee Mohd Sali       (Pelita Jaya FC, Indonesia)

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.237146 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list