View: 176|Reply: 0
|
Zakry, How mampu gegar Wembley
[Copy link]
|
|
Pemilihan pasangan itu cetus kontroversi\rTIDAK seperti pasangan emas, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang disandarkan harapan tinggi, tetapi bukan sesuatu yang mustahil gandingan Mohd Zakry Abdul Latif-Hoon Thien How mampu menggegar Kejohanan Dunia di Wembley, bermula Isnin ini andai dua faktor yang membelenggu penyertaan mereka dalam kejohanan berprestij itu diambil kira.\r\n\n\n\n\r Selain perlu membuktikan pemilihan mereka beraksi dalam kejohanan berprestij itu keputusan tepat, pasangan itu juga tiada pilihan lain selain mencatat keputusan terpuji memastikan kedua-duanya tidak dipisahkan dan kekal menjadi rakan gandingan.\r\r\n\n\n\n\n “Soal penyertaan saya dan Thien How yang mencetus kontroversi tidak perlu digembar-gemburkan lagi kerana apa yang penting adalah tumpuan dan tekad kami menggegar Wembley bagi mengharumkan nama negara serta membalas semula kepercayaan diberi jurulatih (Rexy Mainaky),” kata Zakry.\rTerdahulu, pemilihan gandingan itu ke Wembley mencetus kontroversi apabila Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyenaraikan mereka yang menduduki ranking lebih rendah bertanding pada kejohanan itu dan bukan gandingan KLRC, Gan Teik Chai-Tan Bin Shen yang layak secara merit.\rMalah, pasangan yang digandingkan selepas Piala Thomas 2010 itu hingga hari ini masih belum menyinar serta gagal memenangi sebarang kejuaraan dan bukan sesuatu yang rahsia Rexy bercadang memisahkan mereka andai mereka gagal mempamerkan peningkatan di Wembley.\rPasangan itu yang sedang menjalani latihan pusat di University of Bath sejak 27 Julai lalu bersama pemain lain diterajui jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei akan memulakan cabaran menentang juara dunia 2005, Howard Bach-Tony Gunawan dari Amerika Syarikat dalam pusingan pertama di kejohanan berprestij itu nanti.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|