CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 130|Reply: 0

Kuih revolusi sempena puasa Ramadan

[Copy link]
Post time 31-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Ramai wanita Benghazi cari rezeki di kedai roti\rBENGHAZI: Umat Islam tidak kira di mana menghormati bulan suci Ramadan kerana pada masa inilah mereka melakukan ibadat lebih khusyuk dan tawaduk dengan menambah amalan wajib dan sunat.\r\n\n\n\n\rBegitu juga di Libya, dalam keadaan perang atau aman kaum wanita di kubu kuat pemberontak yang diiktiraf negara Barat sebagai pemerintah baru negara itu, mereka bekerja kuat untuk memenuhi permintaan pelanggan.\r\r\n\n\n\n\nBerpuluh-puluh wanita menguli tepung menjadi adunan pelbagai bentuk, membuat pai manis dan masin di kedai roti terkenal Al Harabi tanpa gentar dengan perang, suhu panas, bekalan tenaga terputus dan bajet terhad.\rUmat Islam dijangka mula berpuasa sempena Ramadan pada 1 Ogos depan. Sepanjang bulan ini, keluarga berkumpul untuk berbuka dengan juadah enak merangkumi pai buah zaitun, keju dan manisan istimewa sempena bulan puasa.\rRevolusi yang dilancarkan Februari lalu untuk menggulingkan Muammar Gaddafi ternyata mengubah cara hidup.\rGolongan lelaki yang lazimnya menjadi tulang belakang keluarga keluar ke barisan depan, ada yang kehilangan kerja manakala universiti dan sekolah ditutup serta perniagaan dan kediaman musnah atau terputus bekalan elektrik.\r\n\n\n\n\rOleh itu, kaum wanita terpaksa keluar rumah mencari nafkah dan kebanyakannya mendapat kerja di Al Harabi.\r“Kami tiada wang tetapi saya ada masa lapang, jadi saya kerja di sini,” kata Iman al-Jihani, 22, pelajar perubatan yang menjadi sukarelawan selama dua malam seminggu di Hospital al Jalaa Benghazi.\rDi kedai itu, dia memperoleh upah bulanan 275 dinar Libya (RM679) yang dibayar mengikut waktu, tidak seperti bapanya, seorang polis yang sering menerima gaji lewat.\rGaji Iman membantu meringankan beban keluarganya. Bagi Ghada Ali, 20, bekerja di kedai roti itu adalah soal kesinambungan hidup.\rBapa dan dua abangnya  berjuang di Brega dan Misrata, barisan depan di barat Benghazi, meninggalkan Ghada menjaga ibunya yang sakit dan tiga adik perempuan.\r“Saya bertanggungjawab atas semuanya kini, termasuk sewa rumah. Saya sentiasa bimbang. Setiap masa saya memikirkan mereka,” katanya sambil menguli dengan lebih pantas dan hanya berhenti untuk mengesat peluh dan air mata. \rKetika aman, perniagaan kedai roti itu sangat laris ketika dibuka pada 2006 dengan empat wanita pembuat roti. Kini, 70 pekerja wanita bekerja di situ.\r“Manisan adalah keistimewaan wanita,” kata Selma Abdelsalam, 50, sambil menggulung  tamar Tunisia dalam adunannya.\rKedai roti itu menyediakan sekurang-kurangnya 100 jenis manisan yang dijual di kawasan pemberontakan hingga ke timur Tobruk berdekatan sempadan Mesir dan Kufra di selatan berdekatan sempadan Chad.\r“Kami buat kuih dengan warna revolusi untuk meraikan pembebasan Libya,” kata Wisha Ibrahim, yang bekerja di kedai roti itu sejak ia dibuka.\rKadang kala, kedai roti itu menghantar manisan ke barisan depan supaya pemberontak mengingati kampung halaman.\rPemilik kedai, Mohammed al-Harabi, berjata dia bimbang permintaan akan berkurangan tahun ini kerana kekurangan modal sejak beberapa bulan lalu. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.065211 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list