CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 117|Reply: 0

Bukit Jalil jadi 'bandar sukan'

[Copy link]
Post time 31-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pusat  perniagaan diwujud  sekitar Kompleks Sukan Negara: Shabery\rSEBELUM ini sukan hanya dikaitkan terhadap pencapaian atlit, namun sukan bakal diubah kepada satu industri yang dapat meningkatkan pendapatan negara.\r\n\n\n\n\r   Bayangkan saja bagaimana industri pelancongan di negara kini yang menjadi penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi negara, begitu jugalah industri sukan yang diharap mampu berkembang.\r\r\n\n\n\n\n   Sebelum ini, kajian yang dijalankan membuktikan aktiviti berkaitan sukan menyumbang lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2009 dengan jumlah kira-kira RM30.2 bilion.\rJumlah itu mewakili lima peratus daripada keseluruhan KDNK dan melambangkan betapa industri sukan mempunyai potensi untuk dibangunkan.\rKementerian Belia dan Sukan (KBS) mensasarkan supaya pembangunan industri sukan dipacu sepenuhnya oleh sektor swasta, dengan persatuan sukan tidak lagi bergantung kepada bantuan kewangan kerajaan menjelang 2020.\rBukan saja daripada segi peningkatan pendapatan negara, pembangunan industri sukan diharap memberi manfaat kepada masyarakat dalam menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan, melahirkan lebih ramai usahawan sukan dan menjadikan sukan sebagai kerjaya yang lebih terjamin.\r\n\n\n\n\rIndustri sukan bukan saja memerlukan atlit namun lebih banyak lagi pengkhususan kerjaya seperti peguam, jurugambar, pengulas, ahli psikologi, ejen atlit, arkitek stadium dan banyak lagi peluang pekerjaan lain.\rMenteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika pelancaran Tahun Industri Sukan 2011/2012 Khamis lalu berkata,  paling penting ialah kesedaran mengenai perspektif dalam industri sukan dapat disemai kepada semua pihak.\r“Dalam masa 10 tahun lagi, kerajaan  berharap dapat menghampiri kepada model industri  negara maju di dunia dengan menjadikan sukan sebagai perniagaan,” katanya yang turut memberi gambaran kemungkinan KBS tidak lagi wujud seperti negara maju di Jepun dan Amerika Syarikat yang mempunyai industri sukan yang berjaya.\rBuat permulaan, Shabery berkata Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil akan dibangunkan sebagai bandar sukan dengan menghidupkan kawasan di sekitar stadium sebagai pusat perniagaan berasaskan sukan.\rUsaha  Tahun Industri Sukan bermula apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan 2011 sebagai Tahun Industri Sukan pada Konvensyen Industri Sukan 2009 (KISMAS 09) namun perkara itu baru direalisasikan bersempena kiraan detik setahun Sukan Olimpik London 2012.\rPelbagai aktiviti dan program dirancang sepanjang tahun ini seperti konvensyen, persidangan, bengkel dan seminar dengan laman web (www.sid.my)  menyebarkan maklumat terkini mengenai berita industri sukan dalam dan luar negara.\rKBS juga menubuhkan Bahagian Industri Sukan yang berfungsi menyusun strategi merealisasikan sukan sebagai antara penjana pertumbuhan ekonomi negara.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.051955 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list