|
\'Gol itu menyentap semangat pasukan\'AKSI Khairul Fahmi Che Mat yang tersandar di tiang gol sejurus wisel penamat ditiupkan membuktikan betapa kecewanya penjaga gol itu.\n\n\n\n Selepas tangkas menafikan pelbagai ancaman dari setiap sudut, akhirnya pemain naturalisasi Singapura, Shi Jiayi membolosi gawangnya pada minit ke-71, sekali gus menyaksikan harapan Harimau Malaya yang pada mulanya kembali menyala selepas gol Safee Sali pada minit ke-57, mula padam.\n\n\n\n\n “Saya minta maaf kerana gagal menghalang jaringan itu, apalagi tugas menghalang bola daripada memasuki gawang sukar kerana hanya berdepan satu dengan satu pemain lawan itu. Saya akui jaringan itu menyentap terus semangat pasukan yang sedang ghairah memburu gol kedua,” katanya.Sebelum jaringan itu, Safee yang mengambil alih tugas kapten daripada Safiq Rahim yang digantung perlawanan, menggamatkan Stadium Nasional Bukit Jalil apabila melepaskan rembatan padu untuk meletakkan Malaysia di depan, sekali gus hanya perlu memburu satu gol lagi untuk menyamakan kedudukan agregat.Namun semuanya musnah selepas gawang Khairul yang lebih mesra dengan panggilan ‘Apek’ dibocori lawan yang mengikat kedudukan 1-1 dan agregat 4-6.“Saya tidak mahu menyalahkan benteng pertahanan kerana semua pemain sudah bekerja keras dan bersemangat untuk menewaskan lawan. Apalagi, kami mahu membalas semula sokongan penyokong yang memenuhi setiap tempat duduk.\n\n\n\n“Nampaknya tuah tidak bersama kami,” katanya yang diturunkan semula selepas tidak beraksi dalam perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar ketika skuad negara tewas 3-5.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|