View: 65|Reply: 0
|
Chelsea menang besar, Torres terus kemarau jaringan
[Copy link]
|
|
HONG KONG: Chelsea menggunakan kelebihan fizikal yang dimiliki apabila mudah menundukkan juara Hong Kong, Kitchee 4-0, sekali gus mara ke final Trofi Barclays Asia, kelmarin.\rSelain penalti dan gol sendiri, Didier Drogba dan Daniel Sturridge juga tidak ketinggalan mencatat nama dalam senarai penjaring. Mereka akan menentang Aston Villa di final selepas lawan itu menang tipis 1-0 ke atas Blackburn Rovers. \r\n\n\n\n\r “Pemain sentiasa bekerja keras dan berpeluh,” kata pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas.\r\r\n\n\n\n\n “Mereka menikmati permainan dan mengekalkan komitmen serta kesungguhan sejak mula dan ini satu petanda baik untuk kami.”\rPerlawanan ketiga Chelsea dalam Jelajah Asia itu menunjukkan peningkatan prestasi kelab London itu selepas prestasi hambar di Kuala Lumpur sebelum bangkit dengan persembahan lebih meyakinkan apabila menang 4-0 di Bangkok.\rPemain tengah, Yossi Benayoun mencipta gerakan untuk gol pertama pada minit ke-36 apabila mempamerkan gerakan menarik sebelum dikasari dalam kotak penalti.\rVillas-Boas menurunkan barisan terkuat dan menggunakan formasi 4-3-3-1 dengan beberapa pemain beraksi di formasi berbeza berbanding lazim termasuk Frank Lampard yang di banyak bertahan dan Benayoun yang lebih banyak membantu serangan. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|