CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 71|Reply: 0

‘Perlawanan terbesar dalam karier saya‘

[Copy link]
Post time 28-7-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
WATAK paling digeruni dalam pasukan kebangsaan, Safee Sali kini bersedia menampilkan persembahan terbaiknya pada perlawanan terpenting dalam kariernya sebagai pemain bola sepak, malam ini.\rDua gol pada setiap permainan diledak penyerang 27 tahun itu pada dua penampilan terakhirnya bersama skuad kebangsaan bulan ini - perlawanan persahabatan menentang Liverpool dan perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia bertemu Singapura Sabtu lalu.\r\n\n\n\n\r   “Ini adalah perlawanan terbesar dalam karier saya,” kata Safee.\r  \r\n\n\n\n\n   “Kemasukan semula Aidil (Zafuan Abdul Radzak) di benteng pertahanan menambah keyakinan kami untuk memastikan gawang negara tidak diasak seperti pada perlawanan pertama dulu.”\rAidil dan Safee antara calon yang bakal menggantikan tugas Safiq Rahim sebagai kapten pada perlawanan malam ini.\rDi Stadium Jalan Besar Singapura, Malaysia tewas 5-3 kepada tuan rumah Sabtu lalu walaupun Safee membuka jaringan seawal 24 saat, selepas kelekaan barisan tengah dan pertahanan menyebabkan skuad kendalian Datuk K Rajagobal itu ketinggalan 4-1 sebelum rehat.\r“Kami dapat pengajaran daripada kesilapan itu dan beberapa perlawanan sebelum ini,” kata Safee.\r\n\n\n\n\r“Kami bertekad tidak akan mengulangi kesilapan dan sebagai pemain paling senior dalam pasukan, saya akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan fokus kami tidak hilang sepanjang permainan.”

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.033660 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list