CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 68|Reply: 0

Kelantan tambah koleksi juarai Piala Presiden

[Copy link]
Post time 27-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
HUJAN rahmat melanda Kelantan yang terus menambah satu lagi koleksi trofi apabila menjuarai saingan akhir Piala Presiden selepas mengecewakan MP Muar 2-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Sultan Mohd Ke-IV di Kota Bharu, malam tadi.\rDalam saingan akhir yang bermula dengan rentak pantas dan rancak itu, tuan rumah membuka tirai jaringan menerusi Aris Zaidi seawal minit kesembilan tetapi MP Muar menyamakan kedudukan apabila Mohd Nor Hakim Hassan membolosi pertahanan Kelantan pada minit ke-21.\r\n\n\n\n\r   Gandingan penyerang Kelantan, Aris dan Mohd Farhan Yaakub beberapa kali mendapat peluang kembali di depan tetapi peluang terbaik  Farhan pada minit ke-39 gagal menewaskan penjaga gol MP Muar, Mohd Khairul Izzuwan.\r\r\n\n\n\n\n   Bersambung babak kedua, kekentalan benteng pertahanan pelawat kerap dibolosi tetapi dalam keghairahan mencari peluang, Kelantan menerima padah apabila Mohd Zamri Ramli dilayangkan kad merah kerana mengasari kapten MP Muar, Mohd Fauzi Kadir.\rBegitupun, saingan terus berlangsung sengit hingga pengadil M Tamilselvam melayangkan tiga lagi kad kuning sebelum tamat permainan masa sebenar.\rNamun penyokong Kelantan bersorak riang apabila Mohd Khairul Izuan memastikan gol kemenangan sebaik empat minit permainan masa tambahan walaupun S Havivarman terlepas peluang untuk sekali lagi mengikat tuan rumah apabila cubaannya terkena palang.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.038429 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list