CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 70|Reply: 0

Kapten Singapura tak gentar

[Copy link]
Post time 27-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Shahril sedia hadapi  provokasi penyokong tuan rumah di Bukit JalilKAPTEN Singapura, Shahril Ishak tidak gentar dengan provokasi penyokong tuan rumah walaupun sedar dia bakal menjadi sasaran utama selepas melakukan isyarat mengejek kepada penyokong Malaysia pada perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia di Stadium Jalan Besar, Sabtu lalu.\r“Mereka boleh kata apa saja, tetapi sebagai pemain kami akan memberi tumpuan kepada permainan semata-mata,” kata Shahril ketika ditemui sebelum memulakan sesi latihan di Bangi,  semalam. \r\n\n\n\n\r   “Tumpuan utama kami ialah untuk mempertahankan kelebihan kemenangan dan tidak akan membiarkan Malaysia menang 2-0.”\r\r\n\n\n\n\n   Skuad kebangsaan yang tewas 5-3 memerlukan kemenangan 2-0 untuk layak ke pusingan ketiga.\rShahril, 27, penyerang yang berpengalaman beraksi di Liga Super Indonesia bersama kelab Persib Bandung dan kini bersama Medan Chiefs, mengakui pengalaman di sana menjadikan seseorang pemain itu lebih baik dan buktinya dapat dilihat menerusi aksi penyerang utama negara, Safee Sali yang meledak dua gol, Sabtu lalu.\r“Saya sempat mengenali Safee di Indonesia, kami berkawan baik. Tetapi di atas padang kami tetap lawan,” kata Shahril yang mengakui tekanan tetap ada apabila beraksi di hadapan lebih 80,000 penyokong tempatan.\rSementara itu, jurulatih Singapura, Radojko Avramovich cuba memperlekeh faktor kelebihan gelanggang sendiri skuad negara yang dirasakannya tidak akan memberi kesan kepada persembahan pemainnya apabila berdepan lebih 80,000 penyokong tuan rumah.\r\n\n\n\n\r“Sama saja, lebih ramai ia lebih baik untuk bola sepak,” kata Avramovich selepas sesi latihan itu. “Saya pasti bukan saja pemain Malaysia akan bersemangat, pemain saya juga akan menggunakan kelebihan itu.\r“Bagi saya keputusan perlawanan ditentukan 11 pemain di atas padang, bukan ribuan penonton di tempat duduk. Jadi jumlah penyokong tidak akan mempengaruhi keputusan perlawanan kedua nanti.”\rMenurut jurulatih kelahiran Serbia yang lebih mesra dengan panggilan Raddy itu, faktor padang dan penonton tidak akan memberi masalah kepada anak buahnya dan dia yakin, persembahan mantap seperti perlawanan pertama di Singapura mampu dikekalkan.\r

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.034244 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list