CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 139|Reply: 0

Militan gantung budak 8 tahun

[Copy link]
Post time 26-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Bapa enggan serah kenderaan polisKABUL: Pemberontak di selatan Afghanistan menggantung budak lelaki berusia lapan tahun, enam hari selepas mereka menculiknya, kata pihak berkuasa di sini kelmarin.\rPenculik budak lelaki terbabit menuntut bapa mangsa, seorang pegawai polis memberi mereka  kenderaan polis tetapi beliau enggan berbuat demikian.\r\n\n\n\n\r   Penjelasan kejadian itu diberikan  pejabat Presiden Afghanistan, Hamid Karzai. Militan menggantung budak lelaki itu di daerah Gereshk, wilayah Helmand, Jumaat lalu.\r\r\n\n\n\n\n   “Presiden Karzai mengutuk keras tindakan itu dan menganggapnya sebagai satu jenayah kejam serta perbuatan pengecut yang tidak diterima dalam mana-mana agama atau budaya,” kata kenyataan dikeluarkan  pejabat Karzai.\rIa merujuk pembunuh itu sebagai ‘pengganas’ namun tidak mengatakan jika mereka  anggota Taliban atau pergerakan pemberontak  yang berjuang menentang tentera asing dan sekutu Afghanistan.\rKejadian menculik adalah  perkara  biasa di Afghanistan. Kumpulan penjenayah  menuntut wang tebusan manakala pemberontak pula membuat kenyataan politik. \rKebanyakan penculikan diselesaikan secara rahsia menerusi  rundingan manakala bayaran biasanya membabitkan wang tunai.\r\n\n\n\n\rDalam satu lagi kejadian berasingan, pihak berkuasa Afghanistan berkata tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang menentang pemberontak di sepanjang lebuh raya timur secara tidak sengaja membunuh tiga orang awam yang terperangkap dalam pertempuran itu. –  AP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.049020 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list