View: 104|Reply: 0
|
Aidil sedia terima lilitan kapten
[Copy link]
|
|
ANDAI tugas memakai lilitan kapten diamanahkan, tonggak pertahanan kental kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Radzak sudah pun menyuarakan kesediaannya dan tekad memberi yang terbaik serta fokus menghalang gawang negara dari dibolosi lawan.\r“Tiada tekanan jika tugas itu diserahkan kepada saya dan saya sudah bersedia menggalas amanah diberi itu dengan baik.\r\n\n\n\n\r “Semangat saya bertambah selepas tidak beraksi pada perlawanan pertama di Singapura dan selepas ujian fisio terapi, petanda yang diberikan cukup baik,” kata Aidil yang mengalami kecederaan buku lali ketika tewas 0-4 kepada Arsenal pada 13 Julai lalu.\r\r\n\n\n\n\n “Saya sedar tugas ini berat dan memerlukan kerjasama berpasukan. Saya dan rakan-rakan akan menyumbang sebanyak mana yang mampu dan yakin untuk memberikan 100 peratus ketika perlawanan itu nanti,” katanya yang mengakui benteng pertahanan tengah masih perlu diperbaiki.\rJika diturunkan, tugas sukar untuk mengawal gerakan penyerang bertubuh sasa Singapura, Aleksandar Duric yang meledak dua gol akan tersandar di bahunya.\r“Tiada yang istimewa tentang dia (Duric). Kelebihannya ialah pada susuk tubuh yang besar namun mereka tidak laju. Pemain hanya kehilangan tumpuan ketika itu dan saya yakin kita mampu memperbaiki kelemahan itu di sini,” katanya yang kali terakhir menggalas tugas selaku kapten ketika Sukan Asia lalu.\rAidil meledak dua gol pada perlawanan menentang Taiwan dalam pusingan pertama mengakui mereka banyak belajar daripada perlawanan menentang Arsenal dan Liverpool yang menyaksikan benteng negara dibolosi 10 gol dan menghadiahkan dua sepakan penalti.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|