View: 227|Reply: 0
|
CIMB dapat penarafan Dagong
[Copy link]
|
|
Bank pertama di Asia Tenggara diiktiraf agensi bebas terbesar China\rKEDUDUKAN CIMB Group Holdings Bhd dalam aktiviti perbankan di rantau ini semakin diiktiraf agensi penarafan antarabangsa, apabila Dagong Global Credit Rating Co Ltd memberi penarafan kewangan komprehensif dengan asas kukuh kepada kumpulan perbankan tempatan kedua terbesar itu.\r\n\n\n\n\r Dagong, agensi penarafan bebas terbesar China itu memberikan penarafan AA bagi terbitan jangka panjang mata wang tempatan CIMB Bank Bhd dan AA- bagi terbitan jangka panjang mata wang asingnya.\r\r\n\n\n\n\n Kedua-dua penarafan yang turut disertakan tinjauan positif itu adalah bersandarkan kepada kemantapan asas kewangan CIMB Bank, selain disokong situasi kredit yang baik dan prosedur urus tadbir risiko mencukupi.\rIa turut disokong kedudukan kukuh pasaran CIMB Bank di Malaysia, perniagaan yang makin berkembang dan popular di ASEAN, selain profil kepelbagaian perniagaan dan pendapatan lebih baik.\rPenarafan itu menjadikan CIMB Bank sebagai bank pertama di Asia Tenggara yang diiktiraf kredit kewangannya oleh agensi penarafan China itu.\rMengulas mengenainya, Ketua Eksekutif CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak, berkata Dagong adalah agensi penarafan antarabangsa keempat selepas Moody\'s, Fitch Ratings dan Standard & Poor\'s Ratings Services (S&P), memberikan penilaian kepada CIMB Bank.\r\n\n\n\n\r“Dengan penarafan daripada Dagong itu, pengawal selia, pengurus dana dan pelabur antarabangsa, khususnya di China akan mempunyai satu lagi pilihan untuk menilai kekuatan kewangan dan kedudukan kredit CIMB Bank.\r“Penilaian menggalakkan oleh Dagong itu akan mengukuhkan kedudukan CIMB Group sebagai antara penyedia perkhidmatan kewangan terkemuka di ASEAN, sekali gus memberikan kelebihan bagi kami memainkan peranan sebagai pintu masuk utama bagi pelabur dan institusi kewangan di China dan Asia yang lain ke pasaran ASEAN,” katanya kepada media selepas majlis pengumuman penarafan kredit itu di Beijing, China semalam.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|