CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 156|Reply: 0

FIM sedia peluang perniagaan

[Copy link]
Post time 22-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Platform usahawan dapatkan maklumat  lanjut ceburi industri francais\rMEREKA yang merancang berniaga tetapi masih lagi tercari-cari perniagaan yang mahu diceburi boleh berkunjung ke Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia (FIM) 2011 yang diadakan selama tiga hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur bermula hari ini.\r\n\n\n\n\r  Sebanyak 70 produk perniagaan francais termasuk 23 produk luar negara mengambil bahagian dalam FIM ke-18 itu, iaitu yang terbesar sejak ia kali pertama dianjurkan pada 1994 dengan menampilkan 14 penceramah hebat dari dalam dan luar negara.\r\r\n\n\n\n\n  Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA), Abdul Malik Abdullah, berkata pihaknya yakin FIM kali ini mampu menarik lebih 10,000 pengunjung berbanding kira-kira 8,000 pengunjung tahun lalu.\rBeliau berkata, pihaknya juga menyasar transaksi jualan  RM345 juta berbanding RM327 juta lalu dengan peserta persidangan kali ini meningkat kepada seramai 500 orang berbanding 165 orang tahun lalu.\r“Kali ini, kami menampilkan 14 penceramah hebat seperti Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin; Naib Presiden Golden Arches Mc Donald’s Malaysia, Mike Kennedy dan Pengasas Martha Tilaar Group of Companies, Dr Martha Tilaar.\r“Setakat ini, maklum balas diterima sangat menggalakkan dengan lebih 250 peserta menyatakan hasrat untuk menyertai persidangan dua hari itu,” katanya di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Setiausaha Agung MFA, Muhamad Shukri Salleh.\r\n\n\n\n\rAbdul Malik berkata, bagi menarik kehadiran pengunjung, FIM juga menawarkan dua cabutan bertuah iaitu pemberian sebuah kenderaan Proton Persona sumbangan Daily Fresh Food Sdn Bhd dan makan percuma selama 20 tahun untuk seorang pengunjung bertuah sumbangan Restoran D’Tandoor.\r“FIM 2011 turut menyediakan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, demonstrasi masakan, pameran fesyen dan menawarkan  500 peluang pekerjaan dalam industri francais dengan 70 peratus daripadanya adalah jawatan eksekutif.\r“Kami juga menjemput artis tempatan iaitu Rozita Che Wan dan Rosyam Nor untuk berkongsi pengalaman mereka dalam perniagaan francais pada sesi bengkel Ahad ini,” katanya.\rSementara itu, Shukri berkata, pameran anjuran bersama MFA serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) itu untuk mempromosikan perniagaan francais bagi melahirkan lebih ramai usahawan industri itu di negara ini.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.061070 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list