View: 134|Reply: 0
|
Jepun mahu bantu perkukuh infrastruktur Malaysia
[Copy link]
|
|
WALAUPUN masih berdepan krisis selepas kejadian gempa dan tsunami pada Mac lalu, kerajaan Jepun tetap berhasrat membantu Malaysia memperkukuhkan pembangunan infrastruktur di negara ini.\rDuta Jepun ke Malaysia, Shigeru Nakamura, berkata Jepun ingin memainkan peranan untuk membantu membina infrastruktur seperti rumah, kilang dan industri bio serta membangunkan industri persekitaran ekonomi baru yang cekap yang kini menjadi keutamaan kerajaan Malaysia.\r\n\n\n\n\r “Ini adalah bidang yang kerajaan Jepun ingin bekerjasama dengan Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar di kediaman rasminya di Kuala Lumpur, semalam.\r\r\n\n\n\n\n Beliau yang baru dilantik menjadi duta Jepun ke negara ini sejak Mei lalu menggantikan Masahiko Horie pernah berkhidmat sebagai duta Jepun ke Arab Saudi selama tiga tahun.\rPada 11 Mac lalu, Fukushima di timur laut Jepun dilanda gempa bumi sekuat 9 skala Richter menyebabkan sekurang-kurangnya 21,000 orang terbunuh atau hilang dalam malapetaka yang turut menjejaskan bekalan tenaga ke loji nuklear Fukushima.\rDitanya sama ada bantuan Malaysia diperlukan untuk pembangunan segera di kawasan yang terjejas akibat gempa itu, Nakamura berkata, ia bukan keutamaan selepas kerajaannya mengarahkan penduduk di kawasan yang terletak kira-kira 30 kilometer daripada loji mengosongkan kawasan itu bagi mengelak radiasi.\rSementara itu, Nakamura berkata, pembukaan kampus Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT) di Putrajaya, September ini adalah kemuncak kepada hubungan Malaysia-Jepun selepas penghantaran kumpulan pelajar pertama Malaysia ke Jepun pada 1982 berikutan Dasar Pandang ke Timur.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|