View: 165|Reply: 0
|
Sistem francais lebih praktikal
[Copy link]
|
|
Kaedah terbaik kembang, kukuh perniagaan\rHEALWELL Pharmaceuticals Sdn Bhd, pengeluar produk penjagaan kesihatan dan kosmetik berasaskan gamat yang dikenali dengan jenama House of Healin, menyifatkan sistem francais sebagai kaedah terbaik untuk mengembang serta mengukuhkan perniagaannya di Malaysia.\r\n\n\n\n\r Pengerusi dan Ketua Eksekutifnya, Prof Datuk Dr Hassan Yaacob, berkata syarikat itu sudah mula memperkenalkan sistem francais sejak dua tahun lalu.\r\r\n\n\n\n\n Katanya, pelaksanaan perniagaan menerusi sistem itu adalah lebih baik berbanding dengan program pemasaran konvensional.\r“Program pemasaran konvensional yang diamalkan kami sebelum ini mewujudkan pelbagai masalah kepada usahawan yang dilantik untuk menjual produk.\r“Ia kerana terdapat sesetengah daripada usahawan yang tidak diiktiraf oleh kami mengambil kesempatan menjual produk pada harga yang murah dan ia telah menyebabkan lambakan produk di pasaran,” katanya kepada Berita Harian di Shah Alam, semalam.\rHassan menjelaskan, pihaknya tidak boleh mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap usahawan berkenaan kerana tidak ada akta yang khusus untuk berbuat demikian menerusi program pemasaran konvensional.\r\n\n\n\n\rSusulan itu, pihaknya mencari kaedah lebih sesuai untuk mengatasi masalah itu dan akhirnya mendapati sistem francais adalah kaedah yang terbaik untuk menguruskan perniagaannya, katanya.\r“Istimewanya sistem francais ini kerana ia mempunyai struktur perniagaan yang lengkap dan ia juga mempunyai akta khusus untuk melindungi daripada disalahgunakan,” jelasnya.\rBeliau juga melihat melalui sistem francais ini dapat melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya saing dan berinovasi.\rSetakat ini, Hassan berkata, syarikat itu sudah menukar 80 cawangannya daripada lebih 300 cawangan di seluruh negara kepada sistem francais.\rHassan berkata, syarikat turut menawarkan sistem francais kepada usahawan yang berpotensi untuk menjual produk House of Healin.\rHouse of Healin menawarkan tiga pakej francais dengan yuran francais bermula serendah daripada RM15,000 hingga RM50,000.\rHouse of Healin adalah antara penaja utama bagi Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2011 bermula Jumaat ini di Pusat Dagangan Dunia Putra.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|