CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 236|Reply: 0

Pintu batu tinggalan Firaun dikesan

[Copy link]
Post time 17-7-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Ahli arkeologi Mesir, Perancis temui artifak zaman  Raja Shabaka  berusia 2,700 tahunGIZA: Ahli arkeologi Mesir dan Perancis menggali pintu batu berusia 2,700 tahun milik Shabaka iaitu Raja era Nubian  ketika menggali berhampiran kuil Karnak di Luxor.\n\n\n\n   Pintu batu itu yang didapati ‘berada dalam keadaan baik,’ menjadi petunjuk menghala ke bilik yang menyimpan khazanah raja, kata Kementerian Antikuiti.\n\n\n\n\n   “Ia adalah kali pertama artifak lama milik dinasti ke-25 ditemui dalam keadaan agak baik dan tidak dimusnahkan oleh pemerintah dinasti ke-26,” kata Mansur Boraik, ketua Pusat Penyelidikan Mesir-Perancis di Kuil Karnak.Pintu batu besar itu memapar ukiran warna warni menggambarkan Raja Shabaka menawarkan dewi kebenaran, Maat, kepada tuhan Amun Raa, iaitu ketua dewa.“Petugas bagi misi Mesir-Perancis berjaya membuat penemuan penting dari dinasti ke-18 hingga 25,” kata Menteri Antikuiti, Zahi Hawass.Misi itu juga menemui dan menggali sebuah dinding besi mengelilingi kuil Ptah, ketua tuhan bandar Memphis. Kuilnya dibina di tapak kuil terdahulu era ‘Middle Kingdom’ dan dipulihkan oleh Shabaka.\n\n\n\n“Penemuan itu menunjukkan kuil Karnak masih menyimpan banyak rahsia untuk didedahkan dan ia akan mengambil masa beberapa puluh tahun akan datang,” kata seorang penyelidik pusat itu, Dominique Valbelle dipetik dalam satu kenyataan kementerian. Shabaka adalah seorang Firaun Kush pada dinasti ke-25 Mesir antara 721 Sebelum Masihi (SM) atau 716 SM sehingga 702 SM. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.098282 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list